• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas, Allianz Partners Jalin Kerjasama Tawar Pakej Lanjutan Waranti Motosikal

Modenas, Allianz Partners Jalin Kerjasama Tawar Pakej Lanjutan Waranti Motosikal

August 30, 2022 By Shawkath Leave a Comment

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MODENAS muncul sebagai pengeluar motosikal pertama negara yang menawarkan servis lanjutan waranti untuk kenderaan roda dua berkapasiti kecil.

Tawaran itu dibuat dengan kerjasama firma insurans Allianz Partners Malaysia (Allianz Partners) dan membolehkan pelanggan menikmati tempoh perlindungan sehingga empat tahun atau jarak perbatuan 85,000km (mana-mana tiba dulu).

Perlindungan total itu bermaksud tempoh waranti standard Modenas digabungkan dengan pakej Allianz Partners akan menjadi 2+2 tahun atau 20,000km+65,000km (mana-mana tiba dulu).

  • Modenas menawarkan tempoh jaminan pengilang selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana-mana tiba dulu) untuk setiap pembelian motosikal baharu.
  • Pakej lanjutan waranti Allianz Partners pula akan menambah jaminan dua tahun atau 65,000km (mana-mana tiba dulu) di atas jaminan asal Modenas.
  • Anda diminta merujuk kepada panel insurans Allianz dan Modenas untuk kiraan lebih tepat mengenai tempoh sah waranti untuk motosikal masing-masing.

BACA >>> Modenas Bakal Lancar 4 Model Kawasaki Versi CBU, Satu Model CKD 650cc Tahun Ini

Modenas Allianz - 1
Modenas Allianz - 2

Majlis menandatangani perjanjian dibuat antara Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan dan Ahmad Elias Wahidi (Allianz Partners).

Setakat ini, tiada maklumat didedahkan mengenai harga yang perlu dibayar untuk menikmati pakej lanjutan waranti. Mungkin perlu dirujuk kepada pihak pengedar rasmi Modenas mengenai pakej tersebut.

Roslan memberitahu, pakej itu akan mula ditawarkan kepada pelanggan bermula 1 September ini, menerusi pengedar di seluruh Malaysia.

Modenas mengunjurkan sekitar 6,000 pelanggan baharu akan mengambil pakej lanjutan waranti tersebut menjelang tahun kewangan berakhir 2023.

Pakej itu cuma ditawarkan untuk produk motosikal dan skuter di bawah jenama Modenas termasuk siri Pulsar dan Dominar.

Roslan mengesahkan buat masa ini, lanjutan waranti itu tidak membabitkan produk Kawasaki tetapi mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang.

BACA >>> Modenas Lancar Ninja 250, Ninja 250 ABS, Z250 ABS, Harga Mula RM18.9k!
BACA >>> Waranti Tak Sah Kalau Tanggal Cermin Sisi
BACA >>> AutoGen Plus: Insurans Lanjutan untuk Pembeli Kereta Terpakai, Pakej Serendah RM298

Modenas Allianz - 3
Modenas Allianz - 13
Modenas Allianz - 14
Modenas Allianz - 16
Modenas Allianz - 15
Modenas Allianz - 10
Modenas Allianz - 8
Modenas Allianz - 12
Modenas Allianz - 11

Related

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ahmad Elias Wahidi, Allianz Partners Malaysia, Modenas, Program Lanjutan Waranti Modenas, Roslan Roskan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev