• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / LG Energy Solution, Honda Labur Lebih RM19b untuk Hasilkan Bateri EV

LG Energy Solution, Honda Labur Lebih RM19b untuk Hasilkan Bateri EV

September 6, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERKEMBANGAN teknologi elektrifikasi menyaksikan pelbagai firma menjalin kerjasama. Malah, ada pengeluar secara terbuka menawarkan platform mereka untuk digunakan syarikat lain supaya kos kereta elektrik dapat diturunkan.

Ini pula kerjasama antara LG Energy Solution (LGES) dan Honda Motor Co Ltd. Firma dari Korea dan Jepun itu sudah memeterai perjanjian bagi menubuhkan syarikat kerjasama untuk mengeluarkan bateri litium-ion di Amerika Syarikat (AS).

BACA >>> Paten Dedahkan Honda Super Cub Electric Kini dalam Pembikinan
BACA >>> #BikinMotor: Pereka UK Ubah Suai Honda CB100 Jadi Versi Elektrik

Bateri dibangunkan itu akan digunakan untuk model kenderaan elektrik (EV) Honda dan Acura di pasaran Amerika Utara. Melalui kerjasama itu juga LGES dan Honda akan melabur AS$4.4 bilion (RM19.75 bilion) untuk membangunkan kilang kerjasama baharu di AS dengan sasaran kapasiti pengeluaran tahunan sekitar 40GWj.

Bateri jenis kantung (pouch) yang dikeluarkan akan dibekalkan eksklusif kepada fasiliti Honda di Amerika Utara. Strategi itu dilihat sebagai produk untuk Amerika Utara dengan komponen dikeluarkan di rantau itu dan seterusnya memanfaatkan ekonomi setempat.

Lokasi kilang belum dimuktamadkan, tetapi berdasarkan perancangan Honda untuk mengeluarkan EV di Amerika Utara, kedua-dua syarikat mensasarkan memulakan pembinaan kilang pada awal 2023 supaya pengeluaran sel bateri dapat dibuat menjelang penghujung 2025.

Berikut maklumat tentang LGES, iaitu syarikat yang berpengalaman luas dalam pengeluaran bateri litium-ion.

  • LGES ialah syarikat yang dipisahkan daripada LG Chem Ltd.
  • Peneraju global dalam pengeluaran bateri litium-ion untuk EV, mobiliti, teknologi maklumat dan sistem simpanan tenaga.
  • Mempunyai 30 tahun pengalaman dalam teknologi bateri, termasuk program kajian dan pembangunan (R&D) ekstensif.
  • Pemegang paten bateri terbanyak dunia, iaitu lebih 24,000 paten.
  • Mempunyai fasiliti pengeluaran bateri dengan kerjasama pengeluar automotif seperti General Motors (GM), Stellantis NV dan Hyundai Motor Group.

BACA >>> Honda N-BOX, Model Paling Laris Jepun Januari-Jun 2022!
BACA >>> Honda Dedah Lakaran SUV Elektrik Prologue (2024), Kerjasama dengan GM

Related

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Bateri Litium-Ion, EV, Honda, Honda Motor Co, LG Energy Solution, LG Energy Solution (LGES), Ltd.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev