• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyshot: Pencabar Honda HR-V, Wuling Alvez Bakal Masuk Indonesia?

#Spyshot: Pencabar Honda HR-V, Wuling Alvez Bakal Masuk Indonesia?

August 29, 2022 By Shawkath Leave a Comment

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENAMA kenderaan China, Wuling dilaporkan sedang membuat persiapan melancarkan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) mampu milik untuk pasaran Indonesia.

Model dipercayai Wuling Alvez itu dijangka bersaing dengan Hyundai Creta dan Honda HR-V. Sebelum ini, tular foto intip dua unit SUV tersebut dikesan sedang menjalani ujian enduran di jalan raya awam sekitar Kalimalang, Jakarta Timur.

BACA >> Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?

Wuling Indonesia - 2
Wuling Indonesia - 1

Dua unit SUV itu dikhabarkan Wuling Xing Chi yang akan dipasarkan di Indonesia dengan nama Alvez. Malah tanda nama itu sudah didaftarkan dalam Pangkalan Data Hak Intelek (PDKI) Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia.

Menurut laporan, nama itu sudah didaftarkan sejak 13 Ogos lalu di laman web PDKI Kemenkumham RI dengan nombor permohonan DID2022060541 atas nama pemilik SAIC-GM-Wuling Automobile Co Ltd.

Jika benar itu Xing Chi atau Alvez, trenkuasa digunakan ialah enjin 1.5L turbo dengan pilihan transmisi sama ada manual 6-kelajuan atau automatik CVT.

SUV itu memiliki dimensi panjang 4,365mm, lebar 1,750mm dan tinggi 1,640mm, manakala jarak roda 2,550mm. Ciri lain dikatakan tidak jauh berbeza dengan Almaz.

Laporan Kompas menyatakan model baharu itu akan menggantikan model selain RS Almaz. SGMW Motor Indonesia ( Wuling Motors Indonesia) pula tidak menafikan laporan berita mengenai ramalan berkenaan. Pengarah Pemasaran Wuling Motors Indonesia, Dian Asmahani berkata;

Buat masa ini, kami memberi fokus kepada pemasaran produk sedia ada, Almaz, Cortez, Confero dan satu lagi kenderaan elektrik, Air EV.”

BACA >>> Wuling Cortez (2022) Baharu Serba Canggih Lancar di Indonesia, Harga Mula RM80k!
BACA >>> Wuling Nano EV - Kereta Elektrik Mikro Boleh Pandu 305km Sekali Cas, Harga Mula RM32k
BACA >>> Wuling Dedah Foto Baojun CN210S, Lagi SUV Kompak Premium China Bikin Jiwa Kacau
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Trak Pikap Lebih Bahaya daripada SUV, Van Mini?

SUMBER: Kompas

Related

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Dian Asmahani, Foto Intip, Honda HR-V, Hyundai Creta, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), SGMW Motor Indonesia ( Wuling Motors Indonesia), Spyshot, Wuling Alvez, Wuling Xing Chi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev