• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pindaan Akta Doble Plaka Cadang Guna RFID Ganti Plat Depan Motosikal, Kurangkan Denda

Pindaan Akta Doble Plaka Cadang Guna RFID Ganti Plat Depan Motosikal, Kurangkan Denda

August 29, 2022 By Shawkath Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKTA Republik 11235, juga dipanggil Akta Doble Plaka, yang diluluskan tiga tahun lalu menimbulkan kontroversi dengan mendapat banyak bantahan dalam kalangan komuniti motosikal di negara jiran itu.

Akta itu menetapkan penggunaan nombor pendaftaran bersaiz 'gergasi' di depan dan belakang motosikal supaya mudah dibaca dari jauh.

BACA >>> Akta Doble Plaka: Mahkamah Dengar Bantahan Penunggang Motosikal Filipina
BACA >>> Presiden Duterte Lulus 'Doble Plaka', Semua Motor Wajib Pasang Nombor Plat Gergasi!

Sekiranya gagal mematuhi akta itu, penunggang boleh didenda hingga 100,000 peso (RM7,970) atau dipenjara. Bagaimanapun, disebabkan mendapat bantahan, satu usul Rang Senat (SB) difailkan untuk meminda undang-undang berkenaan.

Senator Joseph Victor 'JV' Ejercito memfailkan SB 159 untuk meminda RA 11235 yang menyatakan:

Frasa tunggangan bersama sudah menjadi ekspresi utama dalam laporan harian dan secara negatif menjejaskan imej komuniti yang gemar menunggang. Langkah pencegahan jenayah kurang efisien, dan penjenayah sepatutnya dihukum. Bagaimanapun, dalam proses berbuat demikian, mereka yang tidak bersalah tidak sepatutnya menderita.”

BACA >>> Presiden Duterte Pertimbang Mansuhkan 'Doble Plaka', Kritik Kompaun Mahal Sangat

CADANGAN RFID JADI PLAT DEPAN MOTOSIKAL

Antara pindaan SB 159 diusulkan adalah penggunaan kaedah Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi menggantikan plat depan. Di bawah Seksyen 3, Seksyen 5 RA 11235 yang dipinda adalah seperti berikut:

Lebih besar dan nombor plat kod berwarna mudah dibaca dan pemasangan pelekat RFID - Jabatan Pengangkutan Darat (LTO) mesti mengeluarkan nombor plat mudah baca dan pelekat RFID untuk setiap motosikal. LTO dalam Pelaksanaan Peraturan dan Regulasi (IRR) akta ini, harus menentukan jenis dan saiz fon lebih besar, mudah dibaca dan nombor plat dengan kod berwarna serta pelekat RFID boleh imbas bersaiz kecil.

“Dengan syarat, kandungan nombor plat boleh dibaca dari (depan, belakang dan sisi) belakang motosikal dari jarak sekurang-kurangnya 15 meter dari motosikal.

“Dan data terkandung dalam pelekat RFID ditampal depan motosikal dan mesti boleh dibaca menggunakan pengimbas RFID.”

KURANGKAN KADAR DENDA, JEL

Antara faktor kontroversi dalam Akta Doble Plaka ialah hukuman berat dan denda tinggi. Justeru SB 159 mengusulkan pindaan perkara tersebut seperti berikut:

Seksyen 4 hingga 6 SB 159 menurunkan penalti dalam RA 11235 kepada 5,000 peso (RM400), 10,000 peso (RM800) dan Arresto Menor, atau 1 atau 30 hari penjara daripada 20,000 peso hingga 100,000 peso (RM1,600 hingga RM7,980), dan penjara hingga beberapa tahun."

BACA >>> Filipina Perkenal Semula Program Beli Nombor Plat Khas Harga Premium
BACA >>> Tak Boleh Tunggang, Miliki Motor Jika Bukan Ahli Kelab Motosikal Diiktiraf ‘JPJ Filipina’
BACA >>> 'JPJ Filipina' Cadang Halaju 30kmj di Bandar Utama Seluruh Negara
BACA >>> Filipina Perkenal Semula Program Beli Nombor Plat Khas Harga Premium

SUMBER: MotoPinas

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Doble Plaka, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Isu Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Darat (LTO), JPJ Filipina

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev