• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha XSR900 GP (2023) yang Lebih Retro Debut Hujung Tahun Ini?

Yamaha XSR900 GP (2023) yang Lebih Retro Debut Hujung Tahun Ini?

August 28, 2022 By Aryon 1 Comment

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA baru saja mengemas kini model XSR900 (2022) yang dilancarkan untuk pasaran antarabangsa beberapa bulan lalu.

Terbaharu pengeluar motosikal dari Jepun itu dikatakan mahu memperkenalkan satu lagi varian daripada siri sama, iaitu XSR900 GP.

BACA >>> Yamaha XSR900 (2022) Lebih Mudah Dikendali, Guna Trenkuasa MT-09

INi berdasarkan laporan mendakwa pemrohonan tanda dagang untuk nama tersebut di Eropah sudah difailkan pada April lalu. Walaupun permohonan itu tidak memberikan sebarang jaminan mengenai produk itu akan direalisasikan, tetapi XSR900 GP dispekulasikan sebagai model yang lebih retro berbanding unit sedia ada.

Justeru pemerhati dan peminat menjangka model itu akan diilhamkan daripada jentera Grad Prix 80-an dengan bentuk badan bujur dan kowl pelana bersegi.

XSR900 edisi 2022 - 14
XSR900 edisi 2022 - 5

Di sebalik fairing pula akan dimuatkan enjin 889cc, sama seperti digunakan XSR900 (2022) (foto atas), yang juga trenkuasa sama menggantikan unit 846cc. Enjin baharu ini menawarkan output kuasa 117.3hp.

Spesifikasi lain bakal diterima varian baharu itu ialah sistem suspensi dan brek yang juga sama seperti XSR900, iaitu komponen KYB dan Brembo. Yamaha dijangka mendedahkan varian baharu itu pada penghujung tahun ini.

BACA >>> Yamaha XSR125 Legacy Edition (2022) Gaya Jentera Lumba Retro, Harga RM27.5k
BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar Warna Baharu XSR155 (2022), Ada Edisi Ulang Tahun MotoGP

Related

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, roda2, Sportbike Middleweight, Yamaha, Yamaha XSR900 (2022), Yamaha XSR900 GP (2023)

Comments

  1. Jan says

    August 29, 2022 at 8:18 AM

    Model xsr dari dulu tak pernah masuk malaysia.

    Tgk boleh, tapi jangan berharap.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev