Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Kia Dedah SUV Elektrik EV9 (2023) dengan Gaya Bersegi Jalani Ujian Enduran
Auto Terkini

#Spyshot: Kia Dedah SUV Elektrik EV9 (2023) dengan Gaya Bersegi Jalani Ujian Enduran

Abang HirataBy Abang Hirata05/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUNIA rekabentuk kereta hari ini mempunyai pelbagai gaya. Ada yang membujur, gril besar, lampu depan terpisah, tajam dan bersegi serta berkotak hingga kepada gaya cyberpunk.

Jenama kekal dengan rekabentuk sama pula dapat dilihat pada Ferrari, Lamborghini dan Porsche selain beberapa pengeluar lain yang mana kita masih lagi dapat menyaksikan legasi automotif yang berusia puluhan tahun.

BACA >>> Ini Janji Bermaz untuk Pemilik Kia Malaysia
BACA >>> Kia EV6 GT Line versi CBU Tiba di Malaysia, Harga RM300k!

Satu lagi pengeluar yang suka bereksperimen dan berjaya dalam aspek rekabentuk ialah Kia. Pasti ramai masih ingat rekaan hidung harimau (tiger nose) yang berjaya melonjakkan nama dan terus berevolusi hingga hari ini. Selepas tampil dengan Sportage baharu yang unik, ke mana hala tuju Kia?

Pengeluar automotif dari Korea Selatan itu sekali lagi bereksperimen dan kali ini dapat dilihat pada kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik EV9 (2023).  Walaupun belum siap, tetapi Kia terlebih dahulu berkongsi beberapa imej EV9 (2023) sedang menjalani fasa ujian akhir sebelum dilancar tahun depan.

EV9 (2023) diletakkan sebagai model perdana Kia dan bakal merevolusi segmen SUV elektrik saiz penuh. Melihat gambar pun kita sudah dapat melihat rekabentuk SUV yang gagah dengan garis lurus, bersgi dan ringkas tanpa alunan badan rumit.

Seperkara menarik, kereta elektrik biasanya memerlukan bentuk badan yang mesra aerodinamik bagi meningkatkan jarak pemanduan. Sebelum ini rekabentuk SUV berkotak Kia boleh dilihat pada Seltos dan Telluride.

Pembangunan EV9 (2023) mengambil masa lebih 44 bulan (lebih tiga tahun) dan kini sedang diuji di pusat Kajian dan Pembangunan (R&D) Namyang, Korea. Dalam fasa akhir itu, SUV tersebut akan diuji secara ekstrem membabitkan ujian pendakian 4WD, trek kasar dan mengharungi air dalam.

Selain Korea dan sama seperti model EV lain, EV9 (2023) diuji di pelbagai lokasi serata dunia. Sebelum gambar terbaharu itu, Kia pernah mempamerkan Concept EV9 (foto atas) kepada umum di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), tahun lalu.

EV9 (2023) direka berasaskan bahasa rekabentuk baharu Kia, iaitu Opposites United yang dibangunkan daripada platform modular global elektrik (E-GMP) baharu Kia.

BACA >>> Kia Forte Nombor Satu dalam Kajian Kualiti Segmen Kompak J.D. Power 2022 di AS!
BACA >>> Kia Carnival (2022) Versi CKD dari Kilang Inokom, Kini dengan ADAS

Kia EV9
Kia Concept EV9
Auto Terkini EV Foto Intip Kenderaan Elektrik (EV) Kia Kia EV9 Kia EV9 (2023) Roda4 Spyshot SUV SUV EV
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Auto Terkini

Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99 Seliter

10/03/2026
Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.