KIA Forte generasi pertama pernah menjadi sedan popular di Malaysia suatu masa dulu. Generasi kedua menyusul dengan diberikan nama Cerato, manakala generasi ketiga dilancarkan pada 2018 dan pernah dibawa masuk untuk menjalani ujian di jalan raya awam, tetapi tidak dijual kepada umum.
Di pasaran global, Forte generasi ketiga terus diperbaharui dan kali terakhir dilakukan pada 2021 yang dijual sebagai model 2022 di Amerika Syarikat (AS) dengan tampil segak dan segar.
BACA >>> Kia Cerato Koup (2015) - Harga RM135,888
BACA >>> Imej Kia K3 (2022) Didedah! Tampil Rekabentuk Serba Baharu Lebih Mengancam
Terbaharu, Kia America baru saja memperkenalkan Forte (2023). Apa yang baharu kali ini?
- Pertama, Forte (2022) sudah sedia menjalani perubahan signifikan dengan rekabentuk depan dan belakang baharu, pengenalan skrin navigasi 10.25 dan juga tambahan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).
- Forte (2023) pula mengekalkan resepi sedia ada dan hampir sama. Di AS, Forte ditawarkan dalam empat varian: LX (sebelum ini FE), LXS, GT-Line dan GT.
- Bagi Forte LX, LXS dan GT-Line (2023), semua varian dijana enjin 2.0L yang patuh piawaian SULEV30 (Super Ultra Low Emissions Vehicle).
- Pakej khas, GT Technology Package tidak lagi ditawarkan, manakala FCA Fusion, iaitu kombo ciri Peringatan Pelanggaran Berdepan - Penunggang Basikal, Parkir Brek Elektronik, Bantuan Pemandu Lebuh Raya dan Kawalan Jelajah Pintar (ACC) Berasaskan Navigasi yang sebelum ini ada pada GT Technology Package kini ditambah untuk Forte GT dengan transmisi dual-klac (DCT).
- Mengenai enjin, selain 2.0L MPI, pengguna turut ditawarkan enjin 1.6L Turbo GDI. Enjin aspirasi natural (NA) pada MPI dipadankan transmisi automatik CVT berkuasa 147hp dan tork 179Nm.
- Enjin turbo GDI pula lebih sensasi dengan transmisi manual 6-kelajuan atau DCT 7-kelajuan yang menghasilkan kuasa 201hp dan tork 264Nm.
- Berikut varian dan harga Forte (2023) versi AS:
- Forte LX - AS$19,490 (RM87,070)
- Forte LXS - AS$19,990 (RM89,310)
- Forte GT-Line - AS$21,690 (RM96,900)
- Forte GT (DCT) - AS$24,190 (RM108,070)
- Forte GT (MT) - AS$24,890 (RM111,200)
Kia Cerato 2015 di Malaysia
Kia di pasaran Malaysia kini di bawah pengurusan baharu. Soalannya, adakah Forte atau Cerato bakal dipasarkan semula?
Jika mahu bersaing, sedan dari Korea ini perlu dipasangkan dalam negara. Seperkara lagi perlu diingat, cita rasa pengguna tempatan kini pun sudah berubah kepada kenderaan utiliti sukan (SUV).
BACA >>> Kia Forte Nombor Satu dalam Kajian Kualiti Segmen Kompak J.D. Power 2022 di AS!
BACA >>> Kia K5 dan Sorento Menang Anugerah Good Design
Kia Forte (2023)
SUMBER: KiaAmerica
Leave a Reply