MELAKA masih membuat kajian mendalam mengenai penggunaan basikal dan skuter elektrik di jalan raya, terutama di lokasi tumpuan pelancongan di Bandar Hilir. Pendekatan itu diambil daripada pelbagai sudut, termasuk aspek keselamatan dan perundangan.
Malah, kajian turut melibatkan beberapa agensi berkuasa lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
BACA >>> e-Skuter Beam Solusi Terbaik Pengangkutan Awam di Malaysia
BACA >>> MBPP: Tiada Lesen Dikeluarkan untuk e-Skuter Pulau Pinang
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu berkata;
Secara dasar, kita bersetuju penggunaan basikal dan skuter elektrik kerana selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri ke arah negeri hijau, tetapi banyak aspek perlu diambil kira kerana Melaka ialah negeri pelancongan dan kesesakan sering berlaku pada hujung minggu atau cuti panjang.
"Antara aspek perlu kita kaji ialah laluan khas bagi penggunaan basikal dan skuter elektrik supaya tidak mengganggu kenderaan lain, sekali gus kemalangan dapat dielakkan. Kita juga perlu melihat jarak dan kelebaran laluan khas tersebut.”
Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP), syarat atau undang-undang khas penggunaan basikal dan skuter eletrik juga akan dirangka bersama pihak kuasa terlibat demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
Zainal berkata lagi, ada 'laluan hijau' untuk basikal di sekitar Bandar Hilir dan pihaknya masih mengkaji kesesuaian laluan itu untuk kegunaan skuter dan basikal elektrik.
BACA >>> Tunggang Skuter Elektrik Atas Jalan Raya KL Boleh Kena Denda RM300, Mula 1 Januari 2021!
BACA >>> MForce Lancar Skuter WMoto ES250i (2022), Harga Mula RM13.8k!
BACA >>> e-Skuter Wajib Ada Insurans di Itali
SUMBER: Bernama
Leave a Reply