• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / e-Skuter Beam Solusi Terbaik Pengangkutan Awam di Malaysia

e-Skuter Beam Solusi Terbaik Pengangkutan Awam di Malaysia

August 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEAM Mobility mendakwa rata-rata pemilik kenderaan persendirian di Lembah Klang menghabiskan masa kira-kira 44 jam disebabkan terperangkap dalam kesesakan trafik.

Malah situasi itu dikatakan memberikan impak negatif yang bukan hanya terhadap alam sekitar, tetapi produktiviti di tempat kerja dan kesihatan mental individu.

BACA >>> Garis Panduan e-Skuter, Basikal Letrik di Malaysia Hampir Siap, Tak Boleh Lebih 25kmj
BACA >>> Bersediakah Warga KL untuk Caj Kesesakan 10 Tahun Lagi?

Justeru solusi diketengahkan beberapa pihak untuk mengatasi masakah berkenaan adalah menyarankan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Merujuk Dasar Pengangkutan Awam 2019-2030, Kerajaan mensasarkan syer modal pengangkutan awam 40 peratus menjelang 2030. Bagaimanapun, setakat 2019, peratusan itu baru 25 peratus sahaja. Di Lembah Klang misalnya, peratusan pengguna cuma 17 peratus.

Kadar rendah itu dikaitkan dengan kelemahan sistem pengangkutan awam, seperti kekurangan laluan dikehendaki dan kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan disediakan.

Kerajaan juga dilaporkan berusaha mencari penyelesaian dengan meneruskan pembinaan stesen tambahan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) selain menyediakan laluan berbasikal.

BACA >>> Jalan Sesak Akibat Kemalangan, Graduan USM Nekad Tahan Motor ke Majlis Konvo

 

Menurut Beam Mobility, penggunaan perkhidmatan perkongsian kenderaan mikromobiliti seperti e-skuter Beam mungkin solusi efektif dalam menyelesaikan masalah dihadapi.

Syarikat itu mendakwa pihaknya sudah meluaskan tawaran e-skuter itu di kawasan utama Lembah Klang yang membolehkan pelanggan bergerak ke destinasi secara lebih efisien dan selesa. Menariknya, kajian dilakukan Beam Mobility mendedahkan:

  • 23 peratus responden mengatakan ‘mungkin’, ‘lebih ke arah’ dan ‘akan’ menjual atau menamatkan tempoh pajakan kenderaan persendirian disebabkan ada akses servis perkongsian e-skuter.
  • 30 peratus responden mengatakan perkara sama, terutama pengguna yang ada akses ke lokasi perkongsian e-skuter untuk berjalan kaki 5 minit dari kediaman ke tempat kerja.
  • Lebih 52 peratus responden mengatakan ‘lebih ke arah’ menimbangkan penggunaan pengangkutan awam jika ada akses sambungan perjalanan menggunakan e-skuter (selepas turun bas atau tren).
  • Hampir 60 peratus ‘positif’ atau ‘amat positif’ mengenai perkhidmatan e-skuter di bandar mereka.

BACA >>> iPhone 14 Percuma Jika Beli e-Skuter Kustom Emas 18 Karat, Harga RM218k!

Pengurus Besar Beam Mobility Malaysia, Justin Tiew (foto atas) berkata;

Kami mahu buat apa yang boleh untuk menjadikan aliran lebih lancar di bandar. Usaha kami menyediakan lebih banyak tawaran e-skuter di kawasan strategik adalah langkah ke arah itu.

“Kami berkongsi misi dengan Kerajaan, iaitu mencapai syer modal pengangkutan awam 40 peratus menjelang 2030.”

PROMO MERDEKA BEAM MALAYSIA

Sempena sambutan Hari Kebangsaan selain menggalakkan lebih ramai orang menunggang e-skuter berbanding kenderaan persendirian, Beam Malaysia menawarkan promosi dengan diskaun hingga 50 peratus.

Tawaran bermula 27 Ogos hingga 16 September ini, dan penunggang boleh menggunakan e-skuter Beam dari hab awam terpilih dengan bayaran serendah 30 sen seminit.

  • Harga diberikan ialah diskaun 33 peratus untuk luar waktu puncak (6 pagi-6 petang pada hari kerja.
  • Atau 50 peratus untuk waktu puncak (6 petang-6 pagi pada hari kerja dan hujung minggu).
  • Pengguna yang menamatkan tunggangan Beam e-skuter dengan memarkir di kawasan hab pengangkutan awam ditetapkan, berpeluang mendapat ganjaran kredit RM2.

BACA >>> Tunggang Skuter Elektrik Atas Jalan Raya KL Boleh Kena Denda RM300, Mula 1 Januari 2021!
BACA >>> MBPP: Tiada Lesen Dikeluarkan untuk e-Skuter Pulau Pinang
BACA >>> Garis Panduan e-Skuter, Basikal Letrik di Malaysia Hampir Siap, Tak Boleh Lebih 25kmj
BACA >>> e-Skuter Wajib Ada Insurans di Itali

Related

128
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Beam Mobility, Dasar Pengangkutan Awam, e-Skuter, e-Skuter Beam, Hari Kebangsaan Malaysia, Justin Tiew, Mikromobiliti, pengangkutan awam, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev