• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / China Dilanda Kemarau, Bakal Cetus Satu Lagi Gangguan Rantaian Bekalan Global?

China Dilanda Kemarau, Bakal Cetus Satu Lagi Gangguan Rantaian Bekalan Global?

August 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

184
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI sudah faham istilah gangguan rantaian bekalan akibat penularan wabak Covid-19 yang menjangkiti banyak negara dunia.

Walaupun rantaian bekalan komponen untuk pembuatan produk akhir belum dipulihkan, tetapi situasi jadi lebih buruk berikutan tercetus perang Rusia-Ukraine yang belum berakhir dan berlarutan lebih enam bulan.

BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?
BACA >>> Senarai 17 Pengeluar Automotif Ternama yang Hentikan Operasi Kerana Covid-19

Terbaharu, satu lagi senario sedang berlaku yang dikhuatiri memburukkan lagi masalah bekalan, iaitu China kini berdepan fenomena cuaca panas melampau.

Wilayah Sichuan ialah hab pembuatan antarabangsa dan kini terjejas akibat gelombang haba dan kemarau yang mana kira-kira 80 peratus tenaga elektrik daripada hidrokuasa.

Ketika suhu semakin meningkat, Kerajaan tempatan mengarahkan kilang dalam pelbagai industri ditutup supaya tenaga elektrik dapat digunakan penduduk di kawasan terjejas.

BACA >>> Covid-19: Benarkah Roti Putih Gardenia Habis Stok Sebab Kilang Tutup?

Portal Bloomberg melaporkan, pengeluar bateri global, Contemporary Amperex Technology Company (CATL) yang mengendalikan pengeluaran bateri litium skala besar di Yibin terpaksa menghentikan operasi beberapa hari hinga 20 Ogos lalu. Malah, beberapa pengeluar bateri lain turut mengambil langkah sama, termasuk Toyota juga menutup operasi salah satu fasiliti di wilayah berkenaan.

Langkah sama juga diambil beberapa pengeluar produk baja, keluli dan aluminium. Turut terjejas ialah hasil tanaman seperti beras dan jagung, ternakan, litium (pembuatan bateri), dan polisilikon (penghasilan panel solar) yang menunjukkan impak negatif akibat faktor cuaca panas dan krisis tenaga.

Pengeluaran lain di kawasan kejiranan seperti wilayah Chongqing turut terkesan krisis cuaca di sempadan Sichuan. Di utara China, Shanxi pula baru saja melepasi bencana banjir yang menyebabkan penutupan lombong arang batu. Wilayah itu ialah kawasan pengeluaran arang batu terbesar di China.

Laporan mengatakan Sichuan berdepan gelombang haba sejak dua bulan lalu, iaitu tempoh paling lama di China sejak 1961, menurut rekod Pusat Iklim Kebangsaan.

Pada 17 Ogos lalu, 262 stesen cuaca di China merekodkan suhu lebih 40ºC, manakala dan lapan lagi mencecah paras 44ºC. Iklim panas dijangka berterusan hingga hari ini di tengah China.

BACA >>> Covid-19: 'Panadol' UK Habis Stok!
BACA >>> Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?
BACA >>> Krisis Covid-19: Pengeluar Motosikal India Lanjut Tempoh Waranti, Servis Percuma
BACA >>> Lama Sangat Dapat Motor, Ini Penjelasan Orang Kuat Yamaha

SUMBER: RideApart

Related

184
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, China Impak Global, Contemporary Amperex Technology Company (CATL), Cuaca Panas Melampau, Gangguan Rantaian Bekalan, Krisis Litium, Krisis Semikonduktor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev