• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BHPetrol Beri Hadiah Pemenang Peraduan 'Riang Ria Hari Raya' Bernilai RM200,000!

BHPetrol Beri Hadiah Pemenang Peraduan 'Riang Ria Hari Raya' Bernilai RM200,000!

August 25, 2022 By Han Othman Leave a Comment

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) hari ini mengumumkan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan 'Riang Ria Hari Raya' yang berlangsung pada 1 April hingga 31 Mei 2022.

Peraduan tersebut menawarkan hadiah tunai bernilai hingga RM220,000 kepada 40 pemenang bertuah:

  • Hadiah Utama: RM20,000 untuk 5 pemenang
  • Hadiah Pertama: RM10,000 untuk 5 pemenang
  • Hadiah Kedua: RM5,000 untuk 10 pemenang
  • Hadiah Saguhati: RM1,000 untuk 20 pemenang

BACA >>> Pemenang 'Fuel-ing Ong' BHPetrol Dapat Jongkong Emas!

Dalam majlis pengumuman itu, 30 pemenang hadir menerima hadiah daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad di hotel The Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya.

BHPetrol turut menyumbang tunai RM20,000 kepada Jabatan Hal Ehwal Vetera ATM (JHEV) yang diterima Ketua Pegawai Operasi (COO) JHEV, Lt Kol Azwadi Jamian sebagai wakil JHEV. Sumbangan itu adalah komitmen BHPetrol untuk membantu golongan memerlukan, terutama veteran tentera bersara sebagai sebahagian program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Peraduan yang berlangsung dua bulan itu mendapat maklum balas menggalakkan daripada pengguna dari semua stesen BHPetrol seluruh negara. Caranya, pengguna perlu mengisi bahan api BHPetrol Infiniti atau buat pembelian di kedai serbaneka BHPetromart dengan pembelian minimum RM30 untuk melayakkan diri menyertai peraduan semudah mengisi borang peraduan atau penyertaan automatik menerusi aplikasi eCard BHPetrol.

Menerusi aplikasi itu juga, ahli boleh menebus mata ganjaran untuk mendapatkan pelbagai hadiah dan item, termasuk bahan api berjumlah RM10 dengan 950 mata ganjaran ePoints.

Ir Azizul berkata;

Saya ucapkan tahniah kepada semua pemenang bertuah hari ini dan melahirkan penghargaan kepada semua pelanggan yang menyertai pertandingan ini. Ini ialah cara kami menghargai pelanggan yang menyokong jenama ini sepanjang tahun. Kami akan terus melaksanakan promosi menarik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan kami.

Ini sebahagian aktiviti pemasaran syarikat untuk menjana minat dan kesedaran mengenai tawaran sedia ada di 400 stesen BHPetrol seluruh negara."

Majlis berkenaan turut dihadiri COO BHPetrol, Fardzi Shah Razali, media tempatan dan kakitangan daripada pasukan BHPetrol Retail.

BACA >>> Mahu Trak Pikap Anda Kekal Berkuasa? Gunalah Diesel Euro5 BHPetrol!
BACA >>> Bagus Sangat Ke Diesel Euro5 BHPetrol? Euro5 Itu Apa Sebenarnya?

Related

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BHPetrol, BHPetromart, BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd, Ir Azizul Azily Ahmad, peraduan, Peraduan Riang Ria Hari Raya BHPetrol, Riang Ria Hari Raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my