• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Apakah Hos Penyejuk Minyak (OCH)? Kenapa Penting untuk Kereta Automatik, Turbo?

Apakah Hos Penyejuk Minyak (OCH)? Kenapa Penting untuk Kereta Automatik, Turbo?

January 23, 2017 By Han Othman 13 Comments

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APAKAH 'Hos Penyejuk Minyak' atau 'Oil Cooler Hose (OCH)'? Kenapa ia sangat penting dalam operasi enjin kereta transmisi automatik atau prestasi tinggi?

OCH sebenarnya bertanggungjawab menjaga transmisi dan minyak enjin kereta anda daripada panas lampau (overheating) membabitkan penggunaan hos, sama ada daripada material getah atau logam, yang dipasang dari radiator ke transmisi dan enjin.

Minyak yang digunakan untuk melincirkan enjin dan transmisi akan mengitar menerusi OCH ke radiator yang kemudian akan disejukkan. Dalam erti kata lain, OCH berfungsi mengelak enjin daripada panas lampau yang berisiko merosakkan enjin dan transmisi kenderaan anda. Anda juga perlu ketahui bahawa setiap kali OCH diganti, pam penyejuk minyak juga sepatutnya diperiksa sama.

BAGAIMANA PROSES SERVIS OCH?

Contoh OCH untuk kereta Volvo.
Contoh OCH untuk kereta Volvo.
Contoh OCH daripada material logam pintal.
Contoh OCH daripada material logam pintal.
  • Periksa kebocoran minyak.
  • Periksa OCH.
  • Gantikan set OCH.
  • Periksa kebocoran.

Jadi, anda disarankan supaya memeriksa sistem penyejuk minyak setiap kali rutin penyenggaran dibuat. Ia sepatutnya menjadi tugas mekanik, tetapi adalah bagus juga sekiranya anda turut membuat pemeriksaan sendiri kali kedua terhadap sistem penyejuk minyak setiap kali minyak ditukar.

SIMPTOM BIASA YANG MENANDAKAN OCH PERLU DIGANTI?

  • Kebocoran minyak

ADAKAH PENTING OCH DISERVIS?

contoh-och-transmisi-radiator

Sekali lagi dimaklumkan, sistem penyejuk minyak anda bertanggungjawab menyejukkan minyak dalam enjin dan transmisi. Kitaran minyak (enjin+transmisi) akan melalui OCH sebelum ke radiator, di mana ia disejukkan terlebih dahulu sebelum kembali semula kepada enjin dan transmisi.

Semua proses kitaran itu perlu disejukkan supaya enjin dan transmisi dapat dilincirkan dengan baik. Apabila OCH pecah atau rosak, sudah tentu minyak akan bocor dan terkeluar dari hos serta menjejaskan kitaran sistem. Jadi, enjin dan transmisi kereta anda gagal dilincirkan dengan baik seperti diperlukan yang bukan saja merosakkan dua bahagian utama itu - enjin dan transmisi - tetapi turut menyebabkan masalah pemanasan lampau.

JANGAN LUPA SERVIS DAN BUAT PEMERIKSAAN SENDIRI

Penyelesaian kepada masalah ini bukanlah susah. Anda cuma perlu melakukan penyenggaraan OCH mengikut tempoh ditetapkan pengeluar kereta anda. Anda juga perlu sekali sekala memeriksa sendiri kondisi OCH anda sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Nampak leceh? Sebenarnya tidak pun, apa kata selepas ini jadikan amalan, sama seperti anda memeriksa air bateri (jika guna bateri basah) dan memantau tekanan angin tayar. Cuma perlu buka enjin dan tengok saja sambil perhatikan jika anda sebarang kebocoran minyak. Jika tiada, tunggu saja tempoh jadual penyenggaraan berkala.

Jika masih rasa malas, mungkin lebih elok anda naik pengangkutan awam saja? Lebih jimat belanja dan tidak perlu keluarkan kos menyenggara. Cuma perlukan sedikit tenaga untuk berjalan. 😀

SUMBER: Your Mechanic

Related

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: apakah itu hos penyejuk minyak (OCH), autotainment, ganti OCH, hos penyejuk minyak (OCH), OCH, Roda4, servis OCH, tip senggara OCH

Comments

  1. Mohd. Hamsani Bonah says

    July 18, 2017 at 1:12 PM

    Assalam.....saya nk tanya ya ttg OCH nie....saya guna wira auto 1.5....mmg ada nmpk mcm menitik minyak tu. Minyak tu dtg dr gearbox tu ke. Dan klau perlu ganti pun hanya ganti hos tu je kan. Agak2 berapa kos ganti hos tu. Tq.

    Reply
    • ABG GYL says

      July 18, 2017 at 1:40 PM

      Untuk makluman, OCH hanya ada pada model yang ada turbo sahaja.

      Reply
    • pakwei says

      October 25, 2018 at 1:53 PM

      kah kah kah...tolol kau ni

      Reply
    • Mie says

      December 15, 2018 at 4:49 PM

      Wira auto wpon stendet kilang ada hose tu.tgk hose hitam dari gearbox masuk ke radiator.kadang2 hose tu dh lama,dia crack @ dh loose clip hose tu.

      Reply
  2. farid says

    January 18, 2018 at 12:58 PM

    Salam bos.berapa harga kos tukar och kt pusat service proton.

    Reply
  3. . says

    October 11, 2018 at 2:16 PM

    Pelik kereta proton jer yg ada och untuk enjin turbo lite. Kalau kereta jenama lain takde pulak och pada enjin turbo diorang. Mengada-ngada la proton ni

    Reply
    • ABG GYL says

      October 11, 2018 at 2:39 PM

      Abang bagi hang study dulu. Jenama lain ada ja OCH.

      Reply
  4. Aizat says

    June 16, 2019 at 3:03 PM

    Sy nk tanya...kalau och nie pecah mnyk menyembur keluar ye....sbb sepupu sy punya exora bold mnyk keluar dr belakang enjin..smpi kering mnyk hitam nya....menyembur dr atas alternator....mohon pencerahan tuan

    Reply
  5. Mokde hulk says

    June 30, 2019 at 11:08 AM

    Nak tnye utk exora cps och dia perlu ditukar @ mcm mne kereta dh 4tahun tq membantu

    Reply
  6. Tarmizi says

    September 7, 2021 at 11:10 AM

    Kereta exora turbo premium baru beli 5 bulan 14 ribu lebih km..OCH Pecah..
    Kereta sedang bergerak bersembur minyak...berbunyi bhg enjin terus berhenti cek minyak enjin kering..baru servis 21/7/21
    Kereta di bengkel proton...
    Kejadian 05/9/21....
    Mohon pencerahan apa perlu dibuat sebagai pengguna...

    Reply
  7. Kerol says

    September 19, 2021 at 10:05 AM

    Kalau tukar tu under warranty. Sc la patut tanggung.

    Reply
    • Abang GYL says

      September 21, 2021 at 12:32 PM

      Benar

      Reply
  8. Kerol says

    September 19, 2021 at 10:06 AM

    Perlu ke hose tu guna getah..ada kesan ke kalau tak pakai getah (guna yg besi)?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev