• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakar Cadang Naik Had Usia Minimum Lesen Motor kepada 21 Tahun

Pakar Cadang Naik Had Usia Minimum Lesen Motor kepada 21 Tahun

August 24, 2022 By Shawkath Leave a Comment

779
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG konsultan pengangkutan menggesa Kerajaan meningkatkan usia minimum kelayakan memiliki lesen motosikal daripada 16 tahun kepada 21 tahun.

Rosli Azad Khan berkata, usia 16 tahun adalah terlalu muda untuk menunggang motosikal dan menggesa ‘polisi regresif’ itu dibatalkan.

BACA >>> Penunggang Motosikal Paling Ramai Maut Sepanjang Op Selamat 17 di Selangor
BACA >>> Punca Ramai Penunggang Maut, Lagi Gesaan Haramkan Kapcai!

lesen motosikal
beli vespa percuma lesen motosikal B2

Menurutnya,  Kerajaan sepatutnya menggalakkan penambahan jumlah bas sekolah yang baginya lebih selamat untuk pelajar sekolah.

Rosli berkata demikian ketika mengulas statistik terbaharu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang mendedahkan jumlah kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal di Malaysia antara 2014 dan 2020 adalah sebanyak 25,958 orang.

BACA >>> KPN Saran Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi
BACA >>> Idea Haramkan Kapcai 'Berprestasi Tinggi' Ibarat Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar

Seorang lagi konsultan, Goh Bok Yen berkata, jumlah kematian akan terus meningkat selagi Kerajaan tidak mengasingkan dan menyekat penunggang motosikal ke lorong khas.

Menurutnya, statistik menunjukkan purata 10 penunggang motosikal maut sehari dan empat daripada mangsa itu adalah dalam kalangan penunggang  berusia antara 16 dan 25 tahun.

Bok Yen berkata;

Hari ini, tidak jadi kesalahan penunggang motosikal menggunakan semua lorong di lebuh raya bandar dan luar bandar, tanpa mengira kelajuan kereta yang melaluinya.”

“Sudah tiba masa untuk kembali kepada asas pengasingan ruang jalan raya dan menjadikan ia kesalahan untuk penunggang menceroboh laluan utama.”

Beliau berkata lagi, hukuman lebih berat perlu dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan berulang, manakala penggunaan teknologi moden adalah satu-satunya pendekatan berdaya maju untuk mengatasi masalah berkenaan.

Ini kerana sistem pendidikan di Malaysia kurang efektif untuk menyemai kesedaran mengenai aspek keselamatan jalan raya.

Kemalangan jalan raya boleh dielakkan jika penunggang tidak melanggar peraturan, tidak menunggang laju tanpa perlu, tidak berlumba sesama sendiri dan menunggang melulu.

“Di banyak negara, pemakaian pakaian keselamatan menunggang seperti seluar pad, jaket dan but adalah wajib untuk penunggang motosikal. Bagaimanapun, di Malaysia, ini tidak dipandang serius.”

BACA >>> Kerajaan Bogota Haramkan Pembonceng Motosikal Lelaki Masuk Bandar, Rakyat Protes!
BACA >>> #TahukahAnda: Berapakah Jenis Lesen Memandu di Malaysia?
BACA >>> JPJ Tanya Apa Susah Sangat Ambil Lesen Memandu?

SUMBER: FMT

Related

779
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Goh Bok Yen, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, JSPT Bukit Aman, lesen B2, Lesen Motosikal, Penunggang Motosikal, Rosli Azad Khan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my