• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Mazda Bakal Kembalikan Enjin Rotari Menjelang 2019

Mazda Bakal Kembalikan Enjin Rotari Menjelang 2019

January 23, 2017 By Han Othman 5 Comments

271
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

enjin-rotary-mazda-kembali-bg
MAZDA khabarnya bakal mengembalikan semula enjin rotari Wankel yang cukup sinonim dengan model-model ikonik buatan pengeluar automotif dari Jepun itu yang dijangka diperkenalkan seawal 2019.

Menurut laporan CarsGuide, Ketua Kajian dan Penyelidikan Mazda, Kiyoshi Fujiwara mengesahkan kereta elektrik pertama Mazda pada 2019 bakal menggunakan enjin rotari kecil sebagai generator elektrik untuk melanjutkan kuasa kereta apabila bateri kehabisan caj.

Terdahulu, Mazda baru saja menguji prototaip jenis kenderan siri-hibrid, di mana konfigurasi trenkuasa sudah sedia digunakan beberapa model tertentu seperti BMW i3 REx dengan dua silinder salingan (reciprocating), iaitu enjin berpiston dalam kenderaan.

BACA >>> Fakta Ringkas dan Padat Mengenai Enjin Pembakaran Dalaman Yang Perlu Anda Tahu

Penggunaan enjin rotari mampu memberikan ketumpatan kuasa tinggi seperti yang diperlukan walaupun dalam rekabentuk kompak. Malah, enjin rotari memang terkenal dengan karakter semula jadi yang lancar. Fujiwara berkata lagi, Mazda memang sedang membangunkan kenderaan elektrik (EV) sendiri berbanding berkolaborasi dengan pengeluar automotif utama lain yang sudah sedia membina EV.

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/80/08/7e/80087eaf36d2bab5e5509f6abe30b2f4.jpg
https://www.etyres.co.uk/wordpress/wp-content/uploads/2015/01/Mazda-RX8-Rotary-Engine.jpg

Kali terakhir Mazda menghasilkan kereta dikuasakan enjin rotari adalah pada 2012 menerusi model Mazda RX-8. Namun, model itu kurang mendapat sambutan kerana mencatatkan prestasi penggunaan bahan api dan pelepasan emisi yang teruk.

BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 5]: Enjin Rotari – Pakej Enjin Kecil Kuasa Besar

Bagaimanapun, Mazda tidak pernah berputus asa dalam mengkaji jenis enjin berkenaan yang sudah sekian lama menjadi ciri signatur pengeluar tersebut. Mazda sebelum ini juga pernah menyatakan jika enjin rotari dapat dibikin sebaik enjin salingan, mereka akan mampu mempopularkan semula rotari sebagai jantung utama sebuah kereta sport konvensional.

Hmm, kereta elektrik dengan enjin rotari? Mengujakan bukan? 😀

SUMBER: Fox News

Related

271
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: enjin rotari, enjin wankel, mazda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev