• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mir Patah Buku Lali! Badi Nak Masuk Honda?

Mir Patah Buku Lali! Badi Nak Masuk Honda?

August 23, 2022 By Aryon Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUSIM 2022 tidak begitu menjadi buat Joan Mir apabila masih lagi tidak berkesempatan memijak podium setakat ini.

Walaupun gagal mencabar tiga podium teratas, juara dunia MotoGP 2020 itu masih kekal konsisten dalam lima aksi pertama dengan meraih kedudukan enam terbaik sebalum segalanya berubaha selepas saingan GP Sepanyol 2022.

BACA >>> Pecco Raih Hat-Trick MotoGP, Quartararo Masih Kekal Ranking Atas
BACA >>> Quartararo Tak Selesa Dipuji Espargaro Sebagai Pelumba Terbaik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MotoGP™ (@motogp)

Apabila Suzuki mengumumkan pasukan pengilang itu menarik diri dalam siri Grand Prix (GP) dunia selepas berakhir musim ini, prestasi Mir langsung jatuh mendadak. Walaupun menunjukkan prestasi berbisa, tetapi pelumba Suzuki itu sudah terjatuh dan tersingkir lima daripada tujuh pusingan terakhir.

Keputusan terbaik diperoleh setakat ini adalah tempat keempat di GP Catalan, Sepanyol, tetapi insiden terbaharu di litar Red Bull Ring bakal mengetepikan beliau dalam pusingan akan datang.

Pada Ahad lalu, pelumba Sepanyol itu bermula di grid kelapan di litar Austria tersebut. Mantan juara itu menunjukkan kelajuan yang konsisten dengan menamatkan sesi latihan FP3 di kedudukan ketiga.

Namun, sebaik saja aksi final bermula, Mir kecundang ketika cuba mengekori juara bertahan, Fabio Quartararo, dan pelumba Aprilia, Maverick Vinales. Jenteranya hilang cengkaman roda belakang yang menyebabkan beliau melambung tinggi ke udara dan terjatuh dalam perangkap kerikil.

Kemalangan itu menyebabkan buku lalinya patah, dan mujurlah kecederaan itu tidak teruk.

Ia boleh jadi lebih teruk, jadi aku rasa agak bertuah sebab dari luar nampak menakutkan. Diagnosis pertama menunjukkan serpihan dan patah tulang dalam buku lali aku. Esok aku akan  buat ujian lanjut, termasuk MRI untuk tengok kalau ligamen tak terjejas.

Buat masa ini status kecergasan Mir utuk aksi GP San Marino pada 4 September nanti tidak dapat dipastikan hingga keputusan MRI dikeluarkan. Apapun ramai mengharapkan pelumba Suzuki itu dapat kembali ke padok.

BACA >>> Masih Belum Menang, Joan Mir Tidak Risau
BACA >>> Marquez Beri Bayangan Mir Sertai Repsol Honda Musim Depan

SUMBER: RideApart

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Austria, Auto Terkini, GP Austria, Highside, Joan Mir, MotoGP 2022, Red Bull Ring, Suzuki Ecstar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev