RAMAI pengkritik hari ini suka berdebat mengenai butang atau tombol kawalan fizikal jauh lebih baik berbanding skrin sentuh. Bagaimanapun tiada bukti kukuh yang menyokong hujah tersebut.
Terbaharu, portal majalah Vi Bilagare di Sweden menjalankan kajian untuk menilai dakwaan berkenaan.
BACA >>> What Car? Senaraikan 20 Kereta dengan Sistem Infotainment Terbaik
BACA >>> Papan Pemuka Renault Clio (2019) Didedahkan, Tampil Skrin Vertikal 9.3 Inci Ala Tesla
Kajian dibuat melibatkan 11 model kenderaan moden yang dilengkapi unit infotainmen skrin sentuh dan dibandingkan dengan model lama Volvo V70 (2005). Dalam kajian itu, pemandu setiap kenderaan ujian diminta melakukan beberapa tugasan kecil seperti:
- Aktifkan pemanas kerusi.
- Naikkan suhu kabin 2ºC.
- Hidupkan fungsi nyah fros.
- Hidupkan radio dan memilih saluran tertentu.
- Set semula (reset) trip meter.
- Turunkan kejelasan lampu latar kluster instrumen kepada tahap paling rendah.
Semua ujian tersebut agak munasabah kerana boleh dilakukan sambil memandu.
BACA >>> Perodua Alza AV (2022) Kini Ada Akses Apple CarPlay!
APAKAH HASIL KAJIAN?
Berikut dapatan kajian diperoleh:
- Pemandu V70 mampu melakukan semua ujian itu dalam masa 10 saat. Ketika memandu dalam halaju 110kmj, pemandu V70 boleh melengkapkan semua ujian dalam jarak 300m.
- Hanya dua pemandu kereta model dapat melakukan perkara sama dengan catatan masa lebih sedikit daripada 10 saat.
- Pemandu kereta MG Marvel R paling teruk. Responder mengambil masa 44.9 saat untuk melengkapkan semua ujian sama. Sepanjang masa itu, kereta mereka sudah dipandu sejauh 1.3km.
- Seperti dinyatakan dalam kajian, rata-rata pemandu lebih menumpukan dan menghabiskan banyak masa melihat situasi di depan ketika memandu berbanding mengendali menu kawalan.
- Bagaimanapun, bukan semua skrin sentuh kereta moden dikategorikan sebagai bermasalah.
- Misalnya, masa dicatatkan Volvo C40 dan Dacia Sandero sama seperti V70 dengan setiap pemandu merekodkan masa 13.7 saat dan 13.5 saat bagi melakukan tugas sama.
- Butang fizikal didapati lebih mudah dikendali berbanding skrin sentuh.
- Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, BMW iX yang menggabungkan butang fizikal dan skrin sentuh adalah salah satu model yang dikategorikan sebagai paling sukar. Pemandu iX mengambil masa 30.4 saat untuk melengkapkan semua tugasan diberi.
- Fakta perlu diketahui, semua pemandu diberikan masa dan peluang membiasakan diri dengan operasi sistem infotainmen sebelum ujian dimulakan.
- Secara purata, pemandu dengan skrin sentuh mengambil purata masa 24.7 saat untuk melaksanakan semua tugasan diberikan.
- Masa dicatatkan adalah hampir 2.5 kali lebih lama berbanding kereta tanpa sistem skrin sentuh.
Apa pula pendapat anda?
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Mod Eco Berfungsi? Apakah Kesan Terhadap Kenderaan?
BACA >>> 11 Orang Ini Patut Beli Kereta Terpakai Saja! Jangan Nak 'Eksyen' Lebih Naa...
BACA >>> #ApaNakBuat: Ingat, Pandu Jauh Jangan Lebih 8 Jam Tanpa Rehat!
SUMBER: Vi Bilagare
Farhan says
Ini sangat benarrrrr. ape ke jadah nya lah smua controls and switches nk buat dlm touchscreen. menyusahkan org je. bahaya jugak sbb driver kena tengok instead of just rasa dgn hujung jari. say no to touchscreens in cars!