• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat 3S Volkswagen Batu Pahat Dibuka

Pusat 3S Volkswagen Batu Pahat Dibuka

January 23, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Pusat 3S Volkswagen Batu PahatVOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) menerusi pengedarnya SP Supreme Autohaus melancarkan Pusat 3S Volkswagen Batu Pahat.

Memiliki keluasan sekitar 25,000 kaki persegi, Pusat 3S Volkswagen Batu Pahat dengan kos pelaburan sebanyak RM6.5 juta itu mampu mempamerkan sehingga lima buah kenderaan.

Manakala pusat servis pula mempunyai enam ruang penyelenggaraan yang dikendalikan oleh kakitangan selepas jualan terlatih dan berpengalaman.

Pusat 3S itu juga dilengkapi peralatan diagnostik dan selepas jualan terkini yang telah diluluskan oleh pihak Volkswagen Jerman.

Bagi kemudahan pelanggan, lounge Pusat 3S turut dilengkapi perkhidmatan WiFi, sebuah kafe dengan minuman ringan dan TV untuk hiburan semua.

Pusat 3S Volkswagen Batu PahatWAKTU OPERASI PUSAT JUALAN

  • 9 pagi - 6 petang (Dibuka setiap hari)

WAKTU OPERASI PUSAT SERVIS

  • 9 pagi - 6 petang (Isnin hingga Jumaat)
  • 9 pagi - 4 petang (Sabtu)

* Pusat jualan dan servis tutup pada cuti umum.

PELANGGAN SASARAN

  • Sekitar kawasan Batu Pahat, Muar, Kluang, Yong Peng, Segamat dan berhampiran.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: batu pahat, Pusat 3S Volkswagen Batu Pahat, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev