• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Penunggang Menonong Lurus Langgar Tembok, Nyaris Terjun Jejambat

Video Penunggang Menonong Lurus Langgar Tembok, Nyaris Terjun Jejambat

August 22, 2022 By Farah Leave a Comment

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR satu rakaman kamera pemuka (dashcam) seorang penunggang melanggar tembok jejambat dan nyaris terjatuh. Insiden dipercayai berlaku Sabtu lalu ketika di Lebuhraya Persekutuan menghala Kampung Kerinchi.

Dalam rakaman klip video itu, penunggang dilihat menyalakan lampu signal belok ke kanan untuk mengambil laluan kanan ke arah jejambat. Namun sampai di selekoh, penunggang berkenaan menonong terus dan tidak membelok mengikut haluan selekoh hingga melanggar tembok konkrit di kiri jejambat.

Perlanggaran tersebut menyebabkan penunggang terseret beberapa meter sepanjang tembok tersebut. Mujurlah mangsa masih dapat mengawal motosikalnya daripada terjatuh dan nampak seakan menahan sakit.

Insiden itu pantas membuatkan netizen tertanya-tanya punca penunggang tersebut tidak membelok sedangkan laluan cukup luas, dan papan tanda belok pula sangat jelas di depan. Adakah dia mengalami simptom terlelap (microsleep)  atau sedang berkhayal ketika menunggang hingga tidak sedar selekoh tersebut?

Mujurlah tidak menunggang laju kerana silap haribulan memang boleh terbang jatuh ke bawah jejambat.

BACA>>> Video Wira Masuk Laluan Bertentangan, Pemandu Myvi Maut
BACA>>>  Api Marak Halang Orang Awam Cuba Selamat, Penumpang Kelisa Rentung

Related

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cuai, kemalangan motosikal, motosikal, penghadang jalan, Penunggang Cuai, Penunggang Motosikal, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my