• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Inilah Model Kawasaki Bakal Gegar Malaysia Sepanjang 2017

Inilah Model Kawasaki Bakal Gegar Malaysia Sepanjang 2017

January 23, 2017 By Admin PanduLaju 1 Comment

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

kawasaki-2017
SEBELUM INI, kami ada memaklumkan mengenai kehadiran Kawasaki Z900 yang akan dipratonton malam ini. Bagi membuatkan anda lebih teruja, artikel ini akan mendedahkan model-model Kawasaki untuk pasaran tempatan sepanjang 2017.

Semua model ini disahkan sebagai produk baharu Kawasaki sepanjang tahun ini. Ada di antara model-model ini bakal dipamerkan  di majlis Makan Malam Gala Tahunan Pengedar Kawasaki, Pelancaran Model Baharu dan Chinese New Year Lou Sang, malam ini.

Bagaimanapun, pelancaran rasmi model itu ke pasaran tempatan masih belum diketahui. Berikut senarai produk baharu Kawasaki Motors Malaysia sepanjang 2017:

KAWASAKI VERSYS X250

kawasaki-versys-x-250-2017
Indonesia sudah melancarkan model ini pada hujung tahun lalu. Model berasaskan adventure touring itu ditawarkan bagi memenuhi keperluan pembeli yang  sukakan tunggangan jauh, sekali gus menjadikan Kawasaki Versys-X 250 sebagai satu-satunya motosikal touring 250cc.

Menerusi laman web rasmi Kawasaki Jepun, dua varian ditawarkan iaitu Versys-X 250 Standard dan Kawasaki Versys-X 250 Tourer. Tidak banyak perbezaan antara kedua-dua varian, di mana versi Tourer dilengkapkan ciri tambahan yang lebih lengkap dan menarik.

Kawasaki Versys-X 250 dijana enjin 249cc DOHC 4-injap kembar selari (parallel-twin) dengan penyejukan cecair bersama transmisi 6-kelajuan. Bahagian roda depan dipadankan fork teleskopik bersama suspensi travel 170mm, manakala belakang menggunakan penyerap hentak tunggal atau monoshock. Bahagian rim depan lebih besar bersaiz 19 inci dan belakang, 17 inci.

KAWASAKI ZX10-RR

kawasaki-zx10rr-2017
Jika Honda dengan siri CBR, Yamaha mempertaruhkan siri R, dan Suzuki dengan siri GSX, maka Kawasaki meletakkan siri Ninja dalam barisan jentera supersport. Model superbike Ninja ZX-10 RR dipertontonkan di pameran motosikal Intermot dekat Cologne, Jerman tahun lalu.

Sekilas pandang, model ini kelihatan sama dengan versi sebelumnya, tetapi Kawasaki mendakwa ZX-10RR dipertingkatkan satu peringkat berbanding model lama. Model edisi terhad 500 unit itu diilhamkan daripada kemenangan Kawasaki dalam perlumbaan Superbike Dunia. Kawasaki melakukan beberapa penambahbaikan pada bahagian enjin 998cc 4-silinder. Antaranya modifikasi kepala silinder untuk memuatkan aci sesondol (camshaft) baru daripada pakej perlumbaan yang dijual  berasingan.

Tidak mahu kalah dalam saingan kelas superbike, Kawasaki ZX-10RR juga dilengkapi dengan beberapa ciri elektronik seperti kawalan traksi, kawalan brek enjin, kawalan permulaan, peranti brek pintar dan lain-lain, termasuk unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi.

KAWASAKI NINJA H2 2017

kawasaki-h2-2017
Kawasaki Ninja H2 2017 kali ini menerima pengemaskinian lebih signifikan yang tampil bengis dengan enjin supercharge 998cc, sekali gus menjadikan ia motosikal termahal di Malaysia.

Antara perubahan dilakukan Kawasaki ialah membekalkan Ninja H2 2017 dengan suspensi Ohlins TTX36 di belakang. Penggunaan penyerap hentak itu menawarkan beberapa kelebihan seperti meningkatkan kestabilan bahagian belakang yang menyumbang kepada prestasi membelok lebih baik. Tunggangan di lebuh raya juga lebih stabil dan selesa ketika memecut, termasuk keadaan jalan berbonggol.

Kawasaki turut mengemas kini indikator paparan sudut-miring dan boost . Terima kasih kepada Unit Pengukur Inersia (IMU) Bosch yang membolehkan pecutan membujur, melintang dan paksi menegak diukur. Selain respon daripada IMU, Sistem Brek Anti-Kunci Pintar Kawasaki (KIBS) dapat mengaktifkan fungsi baru iaitu Kawalan Pembrekan Selekoh (CBC).

Model Kawasaki Ninja H2 2015 ialah motosikal pertama Kawasaki menggunakan Kawasaki Quick Shifter (KQS). Bagi versi 2017, Quick Shifter itu membolehkan tukaran gear rendah. Beberapa perubahan pada sistem ekzos juga membolehkan Kawasaki Ninja H2 2017 memenuhi peraturan emisi Euro 4. Di samping itu, Kawasaki turut menyediakan aksesori yang membolehkan penunggang melaraskan posisi tunggangan atau melakukan kustom pada bahagian enjin. Bar hendal tinggi ERGO-FIT mengurangkan sudut rendah dengan memposisikan gengaman hendal 20mm lebih tinggi.

Related

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Motors Malaysia, model Kawasaki 2017 di Malaysia, motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev