BUAT pertama kali, Allianz General Insurance Company memperkenalkan Allianz Road Ranger bagi memudahkan pengguna membuat tuntutan insurans secara lebih efisien.
Menerusi Allianz Road Ranger, pelanggan akan menikmati tujuh kemudahan termasuklah Pusat Panggilan Kecemasan 24-jam.
Lebih menarik, Allianz Road Ranger ditawarkan secara percuma kepada semua pemegang polisi 'Motor Comprehensive'.
Bagaimanapun, perkhidmatan Allianz Road Ranger buat masa ini hanya ditawarkan kepada pelanggan di Lembah Klang. Manakala kawasan lain termasuk Sabah dan Sarawak dijangka akan beroperasi sepenuhnya selewatnya 18 bulan dari sekarang.
Berikut adalah tujuh kemudahan Allianz Road Ranger yang boleh dinikmati oleh pelanggan secara percuma;
BACA >>> #TahukahAnda: Tidak Perlu Gelabah Kereta Rosak, Insurans Memang Sediakan Servis Tunda Kenderaan
1. PUSAT PANGGILAN KEMALANGAN 24-JAM
Sekiranya terlibat kemalangan, pelanggan boleh membuat panggilan dan meminta bantuan tanpa mengira masa.
2. PASUKAN MOTOSIKAL
Sebaik menerima laporan, unit pasukan bermotosikal akan menjadi orang pertama menuju ke lokasi kemalangan. Bantuan pertolongan kecemasan (jika diperlukan) turut diberikan dan ia akan menemani mangsa sehingga trak tunda tiba.
3. TRAK TUNDA
Kesemua trak tunda dilengkapi pelbagai ciri terkini termasuklah Sistem Kedudukan Global (GPS), kamera litar tertutup (CCTV) dan perakam suara. Untuk itu, pihak pusat panggilan kemalangan boleh memantau pergerakkan trak tunda dan sentiasa berhubung dengan mangsa jangkaan masa untuk tiba di lokasi kemalangan.
BACA >>> Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
4. BANTUAN TUNTUTAN
Trak tunda akan membantu menghantar kenderaan ke Balai Polis selain mengiringi pelanggan membuat laporan Polis. Selesai membuat laporan Polis, kenderaan akan dihantar terus ke bengkel panel.
5. SERVIS PENGANGKUTAN
Selesai urusan di Balai Polis, Allianz akan menyediakan kenderaan dan menghantar pelanggan pulang ke rumah secara percuma.
6. TUNTUTAN MOTOR ODX ALLIANZ
Bagi kos pembaikan tidak melebihi RM15,000 (tidak melibatkan pihak ketiga), pelanggan boleh mengetahui jumlah kos pembaikan dalam tempoh 10 minit hingga 1 jam.
7. HANTAR KERETA
Lebih menarik, pelanggan tidak lagi perlu ke bengkel untuk menuntut kenderaan. Setelah dibaik pulih, Allianz akan menghantar kenderaan berkenaan sama ada terus ke rumah mahupun di pejabat pelanggan.
BACA >>> Kemalangan Jalan Raya Tidak Perlu Lagi Lapor ke Balai Polis?
INGAT
Harus ingat, anda tidak perlu berasa panik sekiranya terlibat dengan kemalangan. Hanya perlu hubungi talian 1800-88-6278 bagi mendapatkan perkhidmatan Allianz Road Ranger secara percuma. Ya, PERCUMA!
Khalilah Ahmad says
Saya ingin bertanya sekiranya sy terlibat dengan kemalangan d insuran yang dituntut adalsh dari insurans owner yang melanggar kereta saya. Pertanyaan saya semasa kereta di dalam bengkel , saya tiada kereta untuk ke tempat kerja....adakah pihak allianz insurans menyefiakan perkhidmatan meminjamkan kereta kpd pemegang polisi ini.
Maira says
Salam, jika tidak silap saya Allianz ada menyediakan pakej Enhanced road warrior yang menawarkan khidmat penggantian kereta antara 5-7 hari bergantung kepada pakej. Tuan/puan boleh layari website Allianz untuk maklumat yang lebih lanjut. Harap dapat membantu. Terima kasih.