SATU video tular menunjukkan seorang penunggang sedang mengundurkan motosikalnya keluar dari sebuah bengkel dan terjatuh ke dalam lubang dengan mencatat jumlah 1.3 juta tontonan.
Klip video pendek 8 saat itu menunjukkan penunggang dengan helmet muka penuh dan berkasut sedang cuba mengundurkan motosikalnya dalam posisi duduk atas pelana.
Journey to the Center of the Earth pic.twitter.com/CeFcYVxiSq
— Why men live less (@Menliveless) August 7, 2022
Tanpa disedari, ada lubang besar dan dalam di belakang yang menyebabkan penunggang berkenaan terjatuh ke dalam, serta tiada maklumat mengenai masa dan lokasi insiden itu berlaku.
BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Panik Jika Terotel Motosikal Tersangkut, Ini Cara Atasi
Klip video itu dikongsikan pemilik akaun Twitter Why Men Live Less, Ahad lalu, dan ramai netizen meninggalkan komen yang menganggap situasi itu melucukan.
Perjalanan ke pusat Bumi.”
“Dia sebenarnya ke alam semesta lain dan sebab itu dia bergerak ke belakang.”
“Kami berharap dia selamat tiba ke pusat Bumi. Sekurang-kurangnya dia tiba dalam tempoh singkat sebab naik motor.”
“Pendek kata, tarikan graviti.”
Bagaimanapun, ada penonton membidas gurauan tidak bertempat itu dengan menyatakan mangsa mungkin cedera dihempap motosikal sendiri.
BACA >>> NGERI! Kontena Jatuh dari Jejambat 12 Meter Hempap Dua Lori
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Helmet Motosikal dan Helmet Kereta?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Titik Buta Lori?
BACA >>> #TahukahAnda: Adakah Selamat Tidur dalam Kereta?
SUMBER: NDTV
Leave a Reply