• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Alza AV (2022) Kini Ada Akses Apple CarPlay!

Perodua Alza AV (2022) Kini Ada Akses Apple CarPlay!

August 18, 2022 By Shawkath Leave a Comment

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA Alza varian AV edisi 2022 kini menyediakan konektiviti Apple CarPlay, menurut laporan portal Paultan apabila Perodua mengesahkan sudah menerima sijil dan kelulusan Apple untuk akses fungsi berkenaan.

Seorang pengguna, Syafiq Ismail berkongsi foto menunjukkan Apple CarPlay pada unit infotainmen Alza AV.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Android Auto dan Apple CarPlay?

Pada pelancaran Alza, varian AV ialah produk pertama Perodua yang menawarkan konektiviti Android Auto, tetapi ciri Apple CarPlay tidak disediakan. Ini kerana Perodua masih menunggu kelulusan Apple selepas mengemukakan dokumen diperlukan untuk pensijilan MFi untuk integrasi sistem operasi berkenaan.

Proses pensijilan itu membabitkan tiga tahap pembangunan menerusi pelbagai ujian kualiti dan prestasi bagi memastikan unit infotainmen Alza dapat berfungsi sebaiknya apabila CarPlay beroperasi.

Apple mendakwa proses pensijilan Program MFi mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan. Bagi pelanggan yang sudah menerima Alza AV masing-masing, Perodua akan mengaktifkan ciri Apple CarPlay apabila mengunjungi pusat servis untuk melakukan servis atau pemeriksaan.

Pengguna iPhone juga dinasihatkan mengingati petugas di pusat servis. Oh ya, sebelum terlupa sambungan kepada ciri itu perlu dibuat menggunakan kabel.

BACA >>> Perodua Alza (2022) Serba Baharu Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM62.5k!
BACA >>> Perodua Alza (2022) Dapat Rating Lima Bintang Asean NCAP!
BACA >>> Tempahan Alza Baharu Sudah Cecah 39k!
BACA >>> Remuk Hati, Perodua Alza Baru Dua Hari Pandu Sudah Kemalangan
BACA >>> Ini Cerita Kemalangan Pertama Perodua Alza Serba Baharu di Negeri Sembilan
BACA >>> Proton Lancar Exora Baharu Jumaat Ini, Ada Solusi Masalah OCH?

Related

118
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Apple CarPlay, Auto Terkini, Perodua, Perodua Alza (2022), Perodua Alza Ada Apple CarPlay, Perodua Alza AV, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev