• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Beri Bayangan Mir Sertai Repsol Honda Musim Depan

Marquez Beri Bayangan Mir Sertai Repsol Honda Musim Depan

August 18, 2022 By Aryon Leave a Comment

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKHIRNYA pelumba utama Repsol Honda, Marc Marquez memberikan bayangan rakan pasukan baharu yang akan bersamanya dalam saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 ialah mantan pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir.

Umum mengetahui, rakan pasukan Marquez ketika ini, Pol Espargaro bakal meninggalkan Repsol Honda hujung musim ini untuk bersama Tech3 KTM, tahun depan. Satu lagi pelana Honda yang dikosongkan adalah dalam pasukan satelit LCR Honda yang kini milik Alex Marquez apabila disahkan berhijrah ke pasukan satelit Gresini Ducati.

BACA >>> Espargaro Keliru dengan Honda, Setiap Motor Pelumba Tak Sama Spesifikasi
BACA >>> Alex Marquez Tinggalkan LCR Honda, Sertai Gresini Ducati Musim Depan!

Marquez dipetik Speedweek sebagai berkata;

Tahun ni sangat menarik, terutama dalam hal transfer rider.

"Ada banyak perubahan. Sayang sekali Suzuki tinggalkan kejuaraan dan mengacau pasaran rider. Adik aku, Alex pindah ke Gresini. Bila cakap dengannya, dia beritahu perlukan motivasi baru.

"Sangat payah nak kekal termotivasi apabila kau berlumba jauh kat belakang dan selalu jatuh. Semua tu tak berlaku kat Alex saja, tapi juga Pol Espargaró. Adik aku ke Ducati, dan Pol ke KTM."

Honda kini hanya mengesahkan Alex Rins, juga rakan pasukan Mir di Suzuki akan ke LCR Honda bagi menggantikan Alex Marquez, manakala satu lagi pelana masih misteri. Namun, teka-teki itu seakan terjawab apabila Marquez dilaporkan berkata;

Ada dua seat kosong. Satu seat bagi kat Alex Rins, juga rider hebat yang dah tunjuk potensi di Silverstone. Dia orang macam cakap Joan Mir akan jadi rakan aku kat Repsol Honda. Tapi memang belum ada pengesahan.”

BACA >>> Rins Sah Sertai LCR Honda Musim Depan!
BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!

Related

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Joan Mir, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2023, Repsol Honda, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev