• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Memang Lain Macam, Pemilik Ini Dapat Tukar RX-Z dengan Tanah Lot RM70k!

Memang Lain Macam, Pemilik Ini Dapat Tukar RX-Z dengan Tanah Lot RM70k!

August 17, 2022 By Farah Leave a Comment

686
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUNIA permotoran hari ini dikejutkan berita tular mengenai seorang pemilik Yamaha RX-Z berjaya menukar motosikalnya dengan sebidang tanah lot di Pasir Puteh, Kelantan.

Berita itu dikongsikan pemilik RX-Z, Nikmohdzulkiflee Lee, 44, dalam grup Facebook Jual Beli RXZ.

Berdasarkan foto dikongsi, RX-Z hitam itu ialah model Catalyzer yang mempunyai nilai anggaran bermula RM30,000 dan ke atas. Dalam temu bual dengan PanduLaju, Nik memberitahu pembeli yang berminat dengan streetbike itu ialah kawan sekolahnya sendiri.

Saya pengumpul RXZ, beli dan simpan. Kebetulan rakan saya luahkan hasrat mahu memiliki RX-Z. Dia ada banyak tanah.  Jadi dia tanya kalau tanahnya itu boleh ditukarkan dengan RX-Z.

"Lot tanah itu berkeluasan 5,242 kaki persegi dan terletak di Pasir Puteh dengan nilai anggaran RM70,000.

"Kami dah bincang semalam dan lawat tapak tanah tersebut. Saya mungkin akan simpan tanah itu untuk beberapa tahun dan kalau ada rezeki nak buat rumah di situ," katanya.

Nik turut memaklumkan yang kawannya itu mengetahui nilai tanah tersebut lebih besar daripada nilai motosikal, tetapi menganggap urusan penukaran suka sama suka adalah lebih mudah.

BACA>>> PM: Setiap Negeri Akan Ada Satu Litar Lumba Drag
BACA>>> Kirim RX-Z Guna Pos Laju, Bayar Lebih RM1k, Tapi 3 Bulan Masih Tak Sampai Lagi

Related

686
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, harga rxz, motosikal, rxz, Tukar RX-Z dengan Tanah Lot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev