• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GP Malaysia 2022 Mula 21 Oktober Ini, Damok Sah Beraksi di Sepang!

GP Malaysia 2022 Mula 21 Oktober Ini, Damok Sah Beraksi di Sepang!

August 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS dua tahun menyepi gara-gara pandemik Covid-19, aksi Kejuaraan GP Petronas Malaysia 2022 akan kembali di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selama tiga hari bermula 21-23 Oktober ini.

Edisi GP Malaysia ke-23 itu buat julung kali menyaksikan Petronas tampil sebagai penaja utama, menggantikan Shell yang pernah menaja kejuaraan GP Malaysia sejak sedekad lalu.

BACA >>> SIC Kekal dalam Kalendar MotoGP Hingga 2024, Petronas Jadi Penaja Utama GP Malaysia
BACA >>> PETRONAS sah tamatkan kerjsama dengan SRT dalam MotoGP

Aksi kali ini dijangka lebih menarik dengan penampilan pelumba negara dalam kelas Moto3, Syarifuddin Azman atau Damok yang bakal bertanding atas tiket wildcard di SIC.

Majlis pengumuman dan pelancaran rasmi Kejuaraan GP Petronas Malaysia 2022 disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Dewan Filharmonik Petronas di ibu negara, sebentar tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata;

Tahun ini menandakan kali pertama Petronas sebagai Penaja Utama GP. SIC sudah bersedia menerima semua peminat sukan bermotor tempatan dan antarabangsa selepas dua tahun menyepi disebabkan pandemik Covid-19. Kami akan memastikan kualiti GP Malaysia berada pada tahap tertinggi.

“Dengan ketiadaan pelumba Malaysia bersaing dalam aksi musim penuh 2022, saya percaya Damok akan menjadi penarik utama untuk rakyat Malaysia di grid."

Pengurus Besar Kanan Kumpulan Komunikasi Strategik Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata;

Petronas bergembira melihat kembalinya MotoGP ke Malaysia dan akan memberi kami rasa bangga untuk kejuaraan tersebut yang dikenali dengan semangat, inovasi, kelajuan dan prestasi seiring nilai dengan Petronas.

"Selari usaha meraikan acara ini, Petronas akan menyusun pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga di trek dan luar trek termasuk sekeliling KLCC yang bakal diumumkan kelak."

PENAMPILAN DAMOK DALAM MOTO3

Damok akan beraksi bersama pasukan VisionTrack Racing Team yang menjasi penampilan kali kelima menerusi tiket wildcard.

Pelumba berumur 21 tahun itu pernah beraksi menerusi tiket wild card di Aragon tahun lalu, dan pusingan GP Portugal, Sepanyol dan Catalunya.

ACARA LUAR LITAR GP MALAYSIA 2022

Ada beberapa acara pra-kejuaraan GP Malaysia 2022 disusun untuk peminat tempatan yang akan bermula Rabu (minggu perlumbaan) seperti:

  • Pertandingan Memasak Awam yang memaparkan bakat pelumba MotoGP in Pavilion Kuala Lumpur.
  • Public Pit Lane Walk dan Sesi Autograf Pelumba pada 21 Oktober 2022
  • Jualan barangan istimewa Karnival Mega MotoGP membabitkan lebih 100 jenama popular.
  • Pengalaman Night Track Tour experience pada 21 hingga 22 Oktober 2022.
  • GP pertama menawarkan pengalaman gaya hidup dan festival membabitkan kombinasi makanan tempatan, budaya, acara outdoor, muzik, seni dan aktiviti di bawah satu bumbung.

  • Cabutan Bertuah Mega #MalaysianGP2022 menawarkan dua hadiah motosikal Yamaha NVX dan Y15ZR Edisi Khas dengan liveri SIC bernilai RM22,000.

PROMOSI TIKET

Sempena Hari Kemerdekaan, SIC mengadakan promosi khas jualan tiket bermula hari ini sehingga 31 Ogos menerusi laman web www.sepangcircuit.com.

BACA >>> Damok Raih Podium Berganda di Barcelona!
BACA >>> Damok Masuk Moto3 untuk SIC Musim Depan?
BACA >>> Adam Norrodin Naik Podium, Damok Pamer Prestasi Terbaik di Portugal

Related

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2022 MotoGP Malaysia, Azhan Shafriman Hanif, Damok, Datin Anita Azrina Abdul Aziz, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Syarifuddin Azman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev