• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kemalangan Jalan Raya Tidak Perlu Lagi Lapor ke Balai Polis?

Kemalangan Jalan Raya Tidak Perlu Lagi Lapor ke Balai Polis?

January 21, 2017 By Han Othman 1 Comment

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

tidak-perlu-repot-balai-bg
PENGGUNA jalan raya yang terlibat kemalangan kecil tanpa kecederaan mungkin tidak perlu membuat laporan di balai polis tidak lama lagi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sebagai permulaan kepada rancangan tersebut, bermula esok semua pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang terlibat kemalangan kecil tanpa kecederaan antara Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Plaza Tol Seremban, Negeri Sembilan tidak perlu lagi melaporlan di balai polis.

Sebaliknya, Khalid berkata, pengguna boleh membuat laporan terus kepada pegawai penyiasat polis yang ditempatkan sepanjang lebuh raya berkenaan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mak, Kereta Saya Kena Langgar Belakang!

LAPOR TERUS KEPADA PEGAWAI PENYIASAT

https://www.plusmiles.com.my/Data/Sites/1/news/dn_02.1.jpg

Bermula hari ini (20 Januari) hingga 5 Februari, polis melancarkan Op Selamat 10 2017 sempena Tahun Baru Cina pada hujung minggu hadapan. Jika memberikan keputusan positif, perlaksanaan rancangan mengenai laporan kemalangan kecil tanpa perlu ke balai itu akan diperluaskan ke lokasi lain secara berperingkat.

Jika terlibat dengan kemalangan (kecil), mangsa boleh terus buat laporan kepada pegawai penyiasat di lokasi kejadian tanpa perlu ke balai polis berdekatan bagi mengelakkan kesesakan.” - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Utusan Online

Mengenai Op Selamat 10 2017, Khalid berkata, pasukan khas akan ditubuhkan bagi memantau kesalahan pengguna jalan raya yang melanggar peraturan sepanjang operasi berlangsung. Bagaimanapun lokasi pasukan khas itu tidak didedahkan bagi memastikan orang ramai sentiasa berhati-hati sepanjang perjalanan.

Beliau turut memaklumkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang 2016 mencatatkan peningkatan sebanyak 7,152 mangsa berbanding 6,076 pada 2015, di mana 60 peratus jumlah kematian keseluruhan terdiri daripada penunggang motosikal.


Jika dilaksanakan, cadangan tersebut bukan saja bakal memudahkan proses orang ramai membuat laporan kemalangan bagi tuntutan insurans, tetapi juga mampu meningkatkan kecekapan proses kerja di balai polis.

Bagi kami, biarlah laporan di balai polis trafik cuma melibatkan kes-kes kemalangan berat atau rumit. Ini kerana kebanyakan laporan kemalangan kecil tanpa kecederaan dibuat bagi tujuan dokumentasi tuntutan insurans sahaja.

Sudah tentu ia rancangan yang bagus jika dilaksanakan. 😀

SUMBER: Utusan Online

Related

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kemalangan jalan raya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, laporan kemalangan, Op Selamat 10 2017, repot kemalangan jalan raya, repot polis, Tahun Baru Cina 2017

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev