• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cinta Tak Jadi, Wanita Langgar Pagar Rumah Bekas Teman Lelaki

Cinta Tak Jadi, Wanita Langgar Pagar Rumah Bekas Teman Lelaki

August 16, 2022 By Farah Leave a Comment

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KECEWA hubungan cinta tidak kesampaian, seorang wanita bertindak luar kawalan dengan merempuh pagar rumah bekas teman lelakinya menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota C-HR di Gelang Patang, Johor Bahru, Ahad lalu.

Suspek berusia 20-an itu kemudian melarikan diri, tetapi ditahan polis di kawasan Plaza Tol Lima Kedai, Johor Bharu sekitar jam 5 pagi.

Menurut polis, sebelum kejadian, kakak kepada bekas teman lelaki suspek membuat laporan pihak polis kerana suspek mengugut mahu membakar premis perniagaan motosikal milik keluarga mereka.

Malah, suspek dilaporkan mengirimkan video yang memaparkan seseorang sedang mencurahkan petrol di depan kedai perniagaan mangsa,

Bimbang dengan ugutan tersebut, pengadu menyalurkan maklumat pihak polis. Bertindak atas aduan itu, pasukan polis kelmarin (14 Ogos) bergegas ke rumah pengadu di Taman Perling dan mendapati suspek sudah merempuh pagar rumah pengadu sebelum melarikan diri dengan kenderaan sama.

Polis mengekori dan menahan suspek di Tol Lima Kedai, Johor Bahru. Ujian air kencing mendapati suspek berada di bawah pengaruh dadah jenis benzo. Akibat insiden itu, pintu pagar dan kenderaan mangsa mengalami kerosakan dengan nilai kerugian sekitar RM15,000. Difahamkan, hubungan wanita itu dan teman lelakinya itu berakhir bulan lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun sama dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BACA>>> Perodua Sahkan Tiada Rancangan Naikkan Harga Kenderaan Tahun Ini
BACA>>> Perodua Bakal Lancar Platform Tempahan Kenderaan Secara Digital

SUMBER: AstroAwani

Related

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bekas Teman Wanita Langgar Pagar, Honda, kemalangan, rempuh pagar rumah, Toyota C-HR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev