• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Sahkan Tiada Rancangan Naikkan Harga Kenderaan Tahun Ini

Perodua Sahkan Tiada Rancangan Naikkan Harga Kenderaan Tahun Ini

August 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA mengulangi pendirian syarikat itu untuk tidak menaikan harga jualan kenderaan walaupun berdepan kenaikan kos pengeluaran yang dihadapi rata-rata pemain automotif di Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya akan mengambil beberapa langkah untuk memastikan perkara itu direalisasikan sekurang-kurangnya tahun ini.

Malah Perodua akan menyerap kenaikan harga kos dan memastikan pihak vendor mampu mengharungi situasi semasa.

Kami berdepan detik sukar ketika ini. Peningkatan harga bahan mentah sememangnya luar biasa, antaranya harga keluli dan semua material plastik. Bagaimanapun, untuk baki tahun ini, kami memutuskan untuk tidak memindahkannya (kos kenaikan) kepada pelanggan.

“Perodua akan menyerap kos kenaikan dan bagaimana cara kami menguruskannya adalah antara kami dan pihak vendor. Dan kami juga akan menyokong beberapa vendor. Sokongan ini bermaksud mereka juga mampu bertahan  dalam perniagaan masing-masing dan pembekalan (komponen).”

Beliau menyatakan pendirian itu dalam majlis pelancaran Program Ekosistem Transformas Digital MIDA-Perodua hari ini.

Zainal Abidin berkata, Perodua memikul tanggungjawab membantu semua vendor sama ada terlibat dalam Program Sistem Rantaian Bekalan Perodua atau Program Ekosistem Transformasi Digital MIDA-Perodua.

Menurutnya;

Vendor menjadi ekosistem penting dalam memastikan industri automotif negara kekal berdaya saing walaupun berdepan dengan pelbagai krisis termasuk peningkatan harga bahan mentah.

"Justeru, Perodua sentiasa memastikan ekosistem ini sentiasa terjaga, termasuk melaksanakan langkah transformasi dengan pelbagai pihak seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)."

Pada Januari lalu, Zainal pernah menyatakan keputusan Perodua untuk tidak menaikkan harga kenderaan sebaliknya mahu cuba menurunkan harga alat ganti.

BACA >>> Perodua Tiada Pelan Naikkan Harga Kereta, Tapi Cuba Turunkan Harga Alat Ganti
BACA >>> Kenaikan Harga Bahan Mentah, Harga Kereta Dijangka Naik
BACA >>> CEO: Kereta Elektrik Perodua Tidak Mustahil Lima Tahun Lagi
BACA >>> Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Unit Sehari!

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, Harga Kenderaan Naik, Perodua, Program Ekosistem Transformas Digital MIDA-Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev