• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aprilia Panggil Jurutera F1 untuk Pertingkat Aerodinamik RS-GP!

Aprilia Panggil Jurutera F1 untuk Pertingkat Aerodinamik RS-GP!

August 15, 2022 By Han Othman Leave a Comment

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SAINGAN aerodinamik makin sengit dalam Kejuaraan MotoGP yang dicetuskan Ducati menerusi penggunaan winglet pada sisi fairing.

Terbaharu, Aprilia juga tidak terkecuali dengan merekrut juruteknik Formula Satu (FI) untuk membantu menambah baik aspek aerodinamik jentera RS-GP.

BACA >>> RNF Racing Jadi Pasukan Satelit Aprilia Musim Depan!

Pasukan Itali nampaknya lebih maju berbanding Jepun dalam aspek aerodinamik. Berita itu didedahkan Stefan Bradl di GP Silverstone baru-baru ini yang mendakwa aerodinamik kini menjadi antara faktor kelemahan terbesar Honda.

Faktor itulah disedari bis Aprilia, Massimo Rivola yang masuk menerajui pasukan Itali itu pada Januari 2019 sebelum mula menumpukan aspek aerodinamik. Malah Rivola pantas membawa masuk juruteknik F1 yang pernah bekerja bersama Ferrari untuk membantu pasukan Aprilia MotoGP.

BACA >>> Bradl: "Honda Tak Berani Macam Ducati, Aprilia dan KTM"
BACA >>> GP Argentina: Aleix Raih Kemenangan Pertama MotoGP, Termasuk untuk Aprilia

Rivola berkata;

Aku tak cakap kami sudah jumpa resepiaerodinamik, tapi kau boleh nampak kami sudah ke arah yang benar. Selepas kedatanganku dalam MotoGP, aku terus tau masih banyak perlu dibuat pada bahagian (aerodinamik) tersebut. Ini kerana tiada satu pasukan pun, mungkin kecuali Ducati, yang banyak melabur dalam aerodinamik. Jadi aku nampak ada peluang besar untuk mendapatkan prestasi pada bahagian tersebut. Pada masa sama, syarat dalam aspek aerodinamik masih banyak kelonggaran.

"Ketika pelumba menunggang, berlaku proses pemindahan berat ketika membrek dan memecut dari depan ke belakang. Seluruh dinamik tunggangan jadi berbeza. Justeru kami tiada motor terbaik dan kami tak fikir yang kami faham sepenuhnya aerodinami.

Tapi kami yakin ada banyak ruang yang dapat ditemukan pada bahagian berkenaan. Itulah penting mendapatkan jurutera aerodinamik dan terowong angin terbaik, iaitu mantan F1 Toyota di Cologne.

"Tidak hanya itu, kau juga mesti boleh menemukan kaitan antara apa dilakukan di terowong angin yang akan diterjemahkan dalam Rekabentuk Berbantukan Komputer (CAD). Perbezan terowong angin dengan jentera yang benar-benar menempuh angin ketika perlumbaan adalah situasi berbeza.

"Dalam rekabentuk komputer, kau kena bayangkan bagaimana pelumba akan bertindak balas pada jentera atas trek. Aku rasa kami dapat terus meningkat aerodinamik.

Ketika ini, Aprilia banyak menumpukan kepada aspek aerodinamik menerusi krew FI yang dilantik. Ini bermakna saingan aspek aerodinamik akan berkembangan dalam musim akan datang.

BACA >>> #TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu
BACA >>> Aprilia Kekal Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026!

Related

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aprilia RSV4 1100 Factory, Auto Terkini, Kejuaraan Dunia MotoGP, Massimo Rivola, MotoGP, Stefan Bradl

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev