PENDATANG baharu dalam kenderaan elektrik (EV), Ilectra Motor Group (IMG) memperkenalkan skuter elektrik, Alva One (2022) yang diperkenalkan kepada umum pada acara Pameran Motor Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2022 pada 11 Ogos lalu.
Dengan memabawa slogan 'Change the Game', IMG melihat potensi besar perkembangan EV di Indonesia dan mahu mengambil peranan menjadikan momentum tersebut menerusi pengenalan produk pertama syarikat itu.
BACA >>> Toyota Rancang Labur RM8 Bilion untuk Hasilkan EV di Indonesia
BACA >>> Indonesia Tayang Model Konsep Toyota Innova EV, Ada Potensi Masuk Malaysia?
Berikut spesifikasi Alva One (2022):
- Dilengkapi tiga mod tunggangan: e-Sport, Cruise, dan Eco. Mode e-Sport mampu ditunggang pada kelajuan maksimum 90kmj, manakala Eco memiliki kelajuan maksimum 43kmj.
- Memiliki tork 46.5Nm dan mampu ditunggang sejauh 70km.
- Dilengkapi lampu LED untuk lampu depan dan belakang.
- Ciri lain ditawarkan ialah konektiviti telefon pintar untuk fungsi menghidup dan mematikan enjin. Aplikasi sama juga menyediakan maklumat dan akses seperti navigasi dan jejak GPS, bantuan jalanan Alva, pengesan pusat cas Alza dan kiraan anggaran penjimatan bulanan.
- Hadir dalam lima pilihan warna seperti putih, hitam, merah, biru dan firus (turquoise).
Sepanjang acara GIIAS 2022, pengunjung berpeluang menunggang uji Alva One (2022). IMG juga menawarkan promosi menarik kepada 300 pembeli pertama yang akan diberikan pakej istimewa.
BACA >>> China, Korea Selatan Pun Berminat Tambah Pelaburan Pembuatan EV di Indonesia
BACA >>> Jenama Motosikal EV Premium, Energica Akan Masuk Indonesia!
SUMBER: Autonetmagz
Leave a Reply