• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Motosikal Elektrik Indonesia, Baran Anubis CruiserCross Buka Pratempahan Tempatan

Motosikal Elektrik Indonesia, Baran Anubis CruiserCross Buka Pratempahan Tempatan

August 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

129
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNA Indonesia dikatakan gemar menunggang motosikal sama ada jenis streetbike atau advencer. Malah penduduk di republik itu juga gemar menonton sukan lumba motosikal daripada Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) hingga MXGP.

Indonesia juga antara contoh negara Asean yang aktif memperkenalkan pembaharuan motosikal elektrik, termasuk kerja konversi trenkuasa konvensional kepada versi elektrik.

BACA >>> Art of Speed (AOS) 2022 - Kolaborasi Malaysia-Indonesia Bikin Vespa Klasik Jadi Versi Elektrik!
BACA >>> Presiden Jokowi Tuggang Chopper Sejauh 30km dalam Konvoi Santai dengan Geng Motor

Anubis CruiserCross - 3
Anubis CruiserCross - 1

Terbaharu, syarikat pembekal tenaga di Indonesia, Baran melancarkan model motosikal elektrik dinamakan Anubis CruiserCross. Visi Baran adalah menjadi firma bateri elektrik terbesar di Indonesia dan Asean.

Bagi mencapai visi itu, syarikat itu mahu meluaskan pasaran kenderaan elektrik (EV) dan tenaga boleh diperbaharui serta  mengurangkan emisi karbon dalam sektor pengangkutan.

BACA >>> Kawasaki Jepun Pamer Prototaip Sportbike Hibrid EV, Naked Bike Elektrik Penuh

Anubis CruiserCross memperlihatkan objektif motosikal untuk kegunaan atas jalan dan off-road yang sesuai dengan struktur permukaan jalan negara itu. Motosikal elektrik itu mampu mencapai jarak tunggangan 132km untuk kegunaan dalam bandar dengan bantuan pek bateri 6.3kWh.

Unit motor elektrik dibekalkan menawarkan output kuasa 46hp dan tork 106Nm dengan kelajuan maksimum 158kmj. Bagaimanapun, belum ada butiran harga didedahkan, tetapi pratempahan sudah dibuka menerusi laman web Baran.

BACA >>> Konsep Elektrik Motosikal Landasan Ini Boleh Ditunggang Atas Rel, Jalan Raya Biasa
BACA >>> Can-Am Perkenal Motosikal Elektrik Dua Roda
BACA >>> Bajaj, KTM Rancang Hasilkan Motosikal Elektrik Prestasi Tinggi
BACA >>> Modenas Sedia Teroka Semula Segmen Motosikal Elektrik

SUMBER: VisorDown

Related

129
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Anubis CruiserCross, Baran Indonesia, motosikal elektrik, Motosikal Elektrik Adventure, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev