KAWASAKI beberapa tahun lalu mengumumkan rancangan beralih kepada segmen motosikal elektrik dan hibrid dengan misi memperkenalkan sekurang-kurangnya 10 model mesra alam menjelang 2025.
Model prototaip elektrik Kawasaki pernah debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, manakala projek motosikal hibrid elektrik Kawasaki bermula sejak November 2020.
BACA >>> Kawasaki Lancar Model Sportbike, Naked Bike Versi Elektrik Tahun Depan?
鈴鹿8耐の前夜祭を、突然カワサキの電動バイクとハイブリッドモデルが駆け抜けました! Zとニンジャ??#鈴鹿8耐 pic.twitter.com/hxVvVkRoke
— webオートバイ (@webautoby) August 6, 2022
Terbaharu, Kawasaki membuat kejutan dengan debut model elektrik penuh dan model hibrid di Litar Suzuka di Jepun yang mirip rekabentuk Ninja dan Z.
Model paling kecil mirip siri Z sebagai model elektrik penuh, manakala unit fairing penuh ala Ninja ialah model hibrid (HEV) dengan kombinasi trenkuasa konvensional dan unit motor elektrik.
Debut bermula dengan kemunculan model elektrik penuh sebelum disusuli HEV. Bagaimanapun, Kawasaki tidak mendedahkan sebarang spesifikasi mengenai dua prototaip tersebut.
BACA >>> Kawasaki Ninja E1: Motosikal Elektrik dengan Kotak Gear Ini Mampu Hasilkan 60hp?
BACA >>> Kawasaki Mahu Perkenal 10 Motosikal Hibrid, Elektrik Menjelang 2025
BACA >>> Kawasaki Ninja 250 Elektrik Semakin Jadi Kenyataan, Masih Gaya Model Petrol?
BACA >>> Honda, Yamaha, Kawasaki dan Suzuki Akan Bekerjasama Tetapkan Standard Motosikal EV
SUMBER: RideApart
Leave a Reply