• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Bahan Api Indonesia Naik, Jenama Asing Pula Turun, Malaysia Lagi Murah!

Harga Bahan Api Indonesia Naik, Jenama Asing Pula Turun, Malaysia Lagi Murah!

August 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

314
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMULA 1 Ogos lalu, beberapa stesen minyak di Indonesia mula menyelaras semula harga jualan bahan api mengikut pasaran global yang menyaksikan beberapa produk petroleum turun harga.

* Harga tukaran matawang rupiah-ringgit adalah mengikut tarikh artikel disiapkan.

BACA >>> Stesen Minyak Indonesia Larang Penunggang Suzuki Thunder 125 Isi RON90

PERTAMINA

Di Pertamina, harga minyak Pertamax Turbo, Dexlite dan Pertamina Dex meningkat seperti berikut:

  • Pertamax Turbo naik Rp14,500 kepada Rp16,200 (RM4.35 kepada RM4.86)
  • Dexlite naik Rp12,950 jadi Rp15,000 (RM3.89 kepada RM4.50)
  • Pertamina Dex meningkat kepada Rp16,500 daripada Rp13,700 (RM4.95 kepada RM4.11)

Harga produk bahan api lain seperti Pertalite dan Pertamax pula kekal pada harga Rp7,650 (RM2.29) dan Rp12,500 (RM3.75) seliter. Sebagai makluman, Pertalite ialah RON90, Pertamax (RON92), Pertamax Turbo (RON98).

BACA >>> Dilema Tauke Stesen Minyak, Pendapatan Sekadar 'Cukup Makan'?

SHELL

Firma asing seperti Shell pula menurunkan harga produk minyak antara Rp1,000 dan lebih Rp2,000 rupiah seliter (RM0.30 hingga RM0.60). Contoh terbaharu mengikut liter adalah:

  • Super: Rp18,500 kepada Rp17,300 (RM5.55 kepada RM5.19)
  • V-Power: Rp19,990 kepada Rp18,300 (RM6 kepada RM5.49)
  • V-Power Nitro+: Rp21,280 kepada Rp18,520 (RM6.38 kepada RM5.56)
  • V-Power Diesel: Rp21,870 kepada Rp19,280 (RM6.56 kepada RM5.78)

Sebagai makluman, Shell Super ialah petrol gred RON92, V-Power (RON95), V-Power Nitro + (RON98)

BACA >>> Aktiviti Seleweng Diesel Gagal, KPDNHEP NS Serbu Stor Haram!

BP

Jenama bahan api BP pula menyaksikan penurunan pada bulan ini berdasarkan kiraan setiap liter iaitu

  • BP 90: Rp17,850 kepada Rp17,195 (RM5.36 kepada RM5.16)
  • BP 92: Rp17,990 kepada Rp17,315 (RM5.40 kepada RM5.20)
  • BP 95: Rp19,990 kepada Rp18,310 (RM6 kepada RM5.49)
  • BP Diesel: Rp21,900 kepada Rp19,650 (RM6.57 kepada RM5.90)

BACA >>> #RetroAuto: Daimler Reitwagen - Inilah Motosikal Petrol Pertama Dunia

VIVO

Penjual bahan api jenama Vivo menyaksikan penurunan dan kenaikan harga per liter mengikut produk seperti berikut:

  • Revvo 89: Rp12,400 kepada Rp9,990 (RM3.72 kepada RM3)
  • Revvo 92: Rp15,900 kepada Rp17,500 (RM4.77 kepada RM5.25)
  • Revvo 95: Rp17,900 kepada Rp19,500 (RM5.37 kepada RM5.85)

Sebagai makluman harga RON95 di Malaysia ketika artikel ini ditulis ialah RM2.05 seliter, manakala RON97 (RM4.50 seliter), dan diesel (RM2.15 seliter). Bertuahkan?

SUMBER: Kompas

Related

314
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BP, Harga Minyak Indonesia Naik, Harga Minyak Indonesia Ogos 2022, Krisis Harga Minyak Dunia, Pertamina, Shell, VIVO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev