• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ku Nan Beritahu Larangan Kapcai Masuk KL Baru Cadangan, Belum Tentu Laksana

Ku Nan Beritahu Larangan Kapcai Masuk KL Baru Cadangan, Belum Tentu Laksana

January 19, 2017 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter

kapcai-masuk-kl-bg
SELEPAS kecoh dan hangat diperkatakan di media sosial berhubung isu larangan kapcai memasuki ibu kota Kuala Lumpur, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kenyataannya mengenai isu tersebut hanya cadangan dan tidak akan dilaksanakan jika orang ramai tidak bersetuju.

Kenyataan Adnan itu dipetik agensi berita Astro Awani, semalam.

Kami merasai nadi rakyat, kalau rakyat tak mahu, kami akan ikut pandangan rakyat, jadi pengguna motosikal kapcai jangan bimbang dan kita tidak akan laksanakannya."- Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor

Adnan beberapa hari lalu mendakwa cadangan mengharamkan motosikal jenis kapcai daripada memasuki Kuala Lumpur adalah untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dan menangani jenayah ragut. Katanya lagi, pelaksanaan tersebut cuma akan dipertimbangkan jika jaringan pengangkutan awam sudah menyeluruh dan tambang berpatutan.

tengku-adnan-tengku-mansor
Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

"Kita sedang melihat perkara (cadangan) ini, saya kata 'berkemungkinan', mungkin ya atau mungkin tidak.

"Saya tahu bahawa kebanyakan warga kita perlukan kenderaan ini (motosikal kapcai), kebanyakan rakyat khususnya golongan bawahan, mereka menggunakan kenderaan ini ke tempat kerja dan sebagainya kerana ia menjimatkan," kata Adnan lagi.

BACA >>> Apa Terjadi Kalau Bandar Raya Kuala Lumpur Tanpa Kapcai?

PanduLaju ada menyiarkan berita mengenai kenyataan Adnan pada 16 Januari lalu yang dipetik daripada media online The Star. Berdasarkan respon di laman Facebook kami, rata-rata komen pembaca memberikan maklum balas negatif kerana alasan jenayah dan pelepasan karbon tidak cukup kuat untuk mengharamkan kapcai. Apa tidaknya, kenderaan lain turut menyumbang kepada pencemaran alam, terutama kenderaan berat. Kenapa hanya kapcai yang dipersalahkan?

Sementara itu, kadar jenayah pula lebih berpunca kepada masalah sosial yang ada kaitan dengan struktur sosial, penempatan dan pendidikan seseorang, sedangkan kapcai pula cuma alat untuk melakukan jenayah.

SUMBER: Astro Awani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Kapcai, kapcai dilarang masuk Kuala Lumpur

Comments

  1. lu pehal says

    February 27, 2017 at 7:16 PM

    perlu kaji jalan mana yang terlalu sibuk, terlalu sesak, terlalu popular gitu.. dalam satu masa, berderet-deret kereta, motor beratur panjang di atas jalan raya yang kecil. permintaan untuk guna jalan tu tinggi tapi bekalan yang ditawarkan mendukacitakan pengguna jalan raya kerana pengguna jalan raya terperangkap dalam masa yang lama.. apa faktor kereta dan motor nak guna jalan tu serentak waktu yang sama? waktu puncak?? pergi kerja balik kerja?? ada event besar?? btw, macam tu la life di bandar raya sayang.. hectic life.. stress darah tinggi rasa nak marah semua ada.. hidup ni ada pilihan.. boleh je berhijrah ke kawasan yang kurang sibuk untuk cari rezeki tapi tempat yang sunyi sepi tu mana boleh bikin untung ma... berhantu seram sesuai la kat pekan koboi gangster semua ada. nasihat simple.. orang yang gagal merancang ialah orang yang merancang untuk gagal.. pikir-pikirin dong..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev