• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CEO: Kereta Elektrik Perodua Tidak Mustahil Lima Tahun Lagi

CEO: Kereta Elektrik Perodua Tidak Mustahil Lima Tahun Lagi

August 4, 2022 By Han Othman Leave a Comment

956
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TANPA memberikan sebarang jaminan, adalah tidak mustahil untuk Perodua menghasilkan kenderaan elektrik (EV) dalam masa lima tahun lagi, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad pada sidang media sesi pandu uji Alza (2022) serba baharu bersama media tempatan di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Namun, beliau menjelaskan pembangunan EV Perodua perlu mengambil kira aspek sistem pengurusan bateri (BMS), sistem inverter, dan lokalisasi yang perlu melibatkan penyertaan vendor tempatan.

BACA >>> Tempahan Alza Baharu Sudah Cecah 39k!
BACA >>> Perodua Alza (2022) Dapat Rating Lima Bintang Asean NCAP!

Kami tidak mahu hanya import saja, itu bukan 'semangat' kami," kata Zainal Abidin.

Beliau turut memberikan pandangan peribadi mengenai manfaat pengecualian cukai jalan diberikan Kerajaan yang menyaksikan kehadiran banyak produk EV dari China yang dijual pada harga serendah RM40,000 di pasaran.

Pada perspektif saya. Malaysia memerlukan ekosistem EV yang bijak supaya tidak dijadikan tempat lambakan kereta dari luar. Misalnya, kedai dua ringgit yang menjual permainan kanak-kanak, semua suka sebab harga murah, tapi selepas pakai dua hari sudah rosak.

"Dalam konteks EV, ia bukan hanya untuk manfaat Perodua saja, tetapi juga perlu melibatkan vendor, dan pembeli, terutama dari segi keselamatan. Pelanggan Malaysia yang membeli EV sepatutnya dilindungi dengan menetapkan keperluan atau standard tertentu," katanya lagi.

Mengenai kesan jualan EV yang mungkin mempengaruhi jualan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), Zainal Abidin berkata, buat masa ini jualan EV masih rendah dan tidak banyak mempengaruhi jualan kenderaan ICE di Malaysia.

BACA >>> Perodua Alza (2022) Serba Baharu Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM62.5k!
BACA >>> 'Alza Indonesia' Terpakai Tahun 2015 Dapat Dibeli Serendah RM29k

Related

956
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CEO PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, Kereta Elektrik Perodua, Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • Pusat Servis Proton Akan Didenda RM1k Bagi Setiap Aduan Diterima
    Pusat Servis Proton Akan Didenda RM1k Bagi Setiap Aduan Diterima

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev