• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tahan 'Transporter Remaja' Seludup 25 PATI Guna Vellfire

Polis Tahan 'Transporter Remaja' Seludup 25 PATI Guna Vellfire

August 3, 2022 By Shawkath Leave a Comment

293
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki menyeludup 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan sebuah Toyota Vellfire di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut laporan, anggota polis mengesan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Manjoi 3, Taman Sri Kuching (Kuala Lumpur) kira-kira jam 12.05 tengah hari.

BACA >>> Ini Cerita Kemalangan Perodua Alza Serba Baharu di Negeri Sembilan

Apabila didekati polis, pemandu Vallfire itu enggan berhenti, sebaliknya bertindak memecut laju. Polis kemudian mengejar MPV tersebut hingga di Jalan Selinsing sebelum suspek terlanggar motosikal ditunggang polis.

Pemandu MPV itu turut melanggar tiga kenderaan orang awam lain di lokasi kejadian ketika cuba melarikan diri.

BACA >>> Polis Cekup Pemandu Vellfire Langgar Lari Penunggang Motosikal di Pandamaran

Menurut siasatan awal polis, suspek pemandu Vellfire ialah lelaki warga tempatan berumur 17 tahun, manakala penumpang depan lelaki warga tempatan berjaya meloloskan diri ketika kemalangan.

Di tempat duduk belakang, ada 19 lelaki dan enam perempuan warga asing dalam lingkungan umur 15 hingga 39 tahun. Semakan mendapati semua penumpang ialah PATI tanpa sebarang dokumen pengenalan peribadi.”

Suspek remaja itu mendakwa dia dan rakan (penumpang depan yang melarikan diri) mula bergerak dari Rantau Panjang, Kelantan ke Kuala Lumpur semalam pada jam 3 pagi untuk menghantar kumpulan warga asing mencari pekerjaan.

Bayaran penghantaran dikenakan kepada setiap individu PATI adalah setinggi RM6,000! Semua suspek kini ditahan reman bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

BACA >>> 6 PATI, termasuk 2 Budak Maut Dilanggar ketika Seberang Lebuh Raya

Related

293
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Beh Eng Lai, Rantau Panjang - Kuala Lumpur, Remaja Seludup PATI, Toyota vELLFIRE, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my