RAMAI orang tahu, Lamborghini bermula dengan produk traktor sebelum terlibat dalam pembuatan kereta sport. Namun, tidak ramai yang tahu harga sebuah traktor jenama Itali itu jika berada dalam keadaan baik.
Ada seunit traktor Lamborghini DL 20 2241R edisi 1960 dilelong pada harga AS$48,000 (RM213,792) beberapa hari lalu di Amerika Syarikat (AS). Sekadar perkongsian, ada traktor jenis sama dilelong tiga tahun lalu dengan harga AS$28,822 (RM128,373).
BACA >>> Petani Ubah Suai Motor Jadi Traktor Bajak
BACA >>> JCB Fastrac - Traktor Turbo yang Paling Pantas di Dunia, 247kmj!
BACA >>> DLA 35 - Lamborghini Paling Perlahan Kini Dilelong, Cuma 177 Unit Seluruh Dunia
Berdasarkan laporan, traktor 2241R itu menjalani proses restorasi (foto bawah) di Itali sebelum diimport masuk AS pada 2021 oleh penjualnya. Berikut ialah perinciannya:
- Diberi skim warna traktor biru oren dengan rim dwi-tona, tempat duduk berwarna oren dan madgad belakang jenis separa berwarna biru.
- Ditambah teks dekal kilang Lamborghini 2241R pada sisi hud depan.
- Ada sepasang lampu depan, lampu belakang dengan integrasi lampu signal belok.
- Rim depan 4.00-15 BKT TF-8181 dengan tayar jenis bias-ply, rim belakang 8.3×24 dibalut tayar Pirelli Cinturato Agricultural-Tractor.
- Sistem brek membabitkan jenis dram hidraulik untuk roda belakang.
- Tempat duduk jenis besi ada paparan jenama Lamborghini. Stereng tiga jejari ada penutup tengah dengan paparan jenama sama.
- Papan pemuka jenis besi di hadapan roda stereng menjadi perumah meter tekanan minyak dan takometer jenama Lamborghinetta.
- Trenkuasa diesel jenis DL 20 dwi-silinder dengan sistem sejukan udara dan sistem suntikan bahan api Bosch.
- Pek bateri ditempatkan antara trenkuasa dan tangki minyak.
- Hantaran kuasa ke portal gandar belakang menerusi kotak gear manual 3-kelajuan.
- Ada tag casis menunjukkan model traktor, nombor enjin dan output kuasa enjin mengikut Putaran Enjin Seminit.
SUMBER: BringATrailer
Leave a Reply