• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 20 Tahun Dalam Kotak, Ducati MH900e (2002) Akhir Dijual Pada Harga RM200k!

20 Tahun Dalam Kotak, Ducati MH900e (2002) Akhir Dijual Pada Harga RM200k!

August 2, 2022 By Shawkath Leave a Comment

913
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DUCATI pernah menghasilkan sebanyak 2,000 unit motosikal MH900e pada tahun 2002 dan salah satu daripadannya dilaporkan masih berada di dalam kotak kayu pembungkusan kilang sejak dua dekad lalu.

Kotak kiriman mengandungi motosikal itu dikirim dari kilang Bologna, Itali ke Pompton Plains di New Jersey di Amerika Syarikat (AS) sebelum dihantar ke Rockville Harley-Davidson di Gaithersburg, Maryland.

BACA >>> #BikinMotor: Ducati 600SL Pantah, Jentera Lumba 80-an Tukar Jadi Cafe Racer

Ducati MH900e 2022 - 8
Ducati MH900e 2022 - 11

Berdasarkan maklumat pada kotak pembungkusan, model itu adalah unit #875 dan tidak pernah dihidupkan sejak pemasangan di kilang Ducati dan tiada maklumat mengenai status jarak tunggangan pada odometernya.

Motosikal itu berwarna merah dan menggunakan trenkuasa L-Twin (dua silinder) 904cc dengan sistem sejukan udara dan transmisi klac manual 6-kelajuan. Perlu diingatkan, model ini berasaskan sistem klac kering.

Komponen biasa membabitkan frem jenis keluli trelis, swingarm sebelah, tiga keping brek cakera Brembo (dua untuk roda depan, satu belakang), sistem monoshock Paioli boleh laras dan stereng damper.

BACA >>> Ducati 900 NCR - Replika Jentera Lumba Juara TT 1978 Akan Dilelong

Ducati MH900e 2022 - 10
Ducati MH900e 2022 - 9

Model itu dipasang fairing jenis separa yang diintegrasi dengan tangki minyak, menggunakan rim aloi Antera 17 inci dengan sistem ekzos berkembar yang diposisikan di bawah tempat duduk. Fork digunakan jenis Showa 43m.

MH900e adalah hasil rekaan Pierre Terblanche berkonsepkan motosikal retro sebagai tribut untuk kemenangan Ducati (Mike Hailwood) semasa perlumbaan Isle of Man TT 1978.

Berdasarkan maklumat, trenkuasa itu belum diperbaharui sebelum serahan kepada pembeli baharu. Motosikal dalam kotak itu dijual menerusi bidaan dan harga terakhir jualan ialah AS$45,000 (RM200,542)!

BACA >>> Yamaha RX King SE (2003) Versi NOS Ini Dijual Rp150 juta (RM43K)!
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 7 Jenis Frem Motosikal yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> RX-S Tinggal Rangka Dilelong RM1k!

Ducati MH900e 2002
Ducati MH900e 2022 - 1
Ducati MH900e 2022 - 6
Ducati MH900e 2022 - 7
Ducati MH900e 2022 - 15
Ducati MH900e 2022 - 2
Ducati MH900e 2022 - 0
Ducati MH900e 2022 - 17
Ducati MH900e 2022 - 16
Ducati MH900e 2022 - 13
Ducati MH900e 2022 - 14
Ducati MH900e 2022 - 18
Ducati MH900e 2022 - 12
Ducati MH900e 2022 - 11
Ducati MH900e 2022 - 4
Ducati MH900e 2022 - 3

SUMBER: Bring A Trailer | Moto.IT

Related

913
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati Itali, Ducati MH900e (2002), Isle of Man TT 1978, Motosikal 900cc, Rockville Harley-Davidson, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev