• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Myvi Terbalik Angkara Vios GR Tak Reti Sabar Potong Barisan

Video Myvi Terbalik Angkara Vios GR Tak Reti Sabar Potong Barisan

August 2, 2022 By Farah Leave a Comment

673
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBUAH rakaman kamera pemuka (dashcam) menyaksikan kejadian sebuah kereta Perodua Myvi terbalik dilanggar Toyota Vios GR di sebuah kawasan kampung di Banting, Selangor tular di media sosial.

Dalam rakaman dikongsi pemilik dashcam dikenali Acik Lan di grup Facebook Dashcam Owners Malaysia, Vios tersebut dilihat tidak sabar  dan memotong barisan dengan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh Myvi  yang mahu masuk simpang.

Insiden itu menyebabkan Myvi tersebut terbalik manakala Vios tersebut terseret ke bahu jalan.

Difahamkan, pemandu Myvi tersebut selamat dan berjaya dibantu keluar oleh orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.

Rata-rata netizen menyelar tindakan pemandu Vios yang memandu secara melulu hingga membahayakan nyawa mengguna jalan raya lain.

"Disebabkan kebodohan Vios yang tak tahu bersabar...menyusahkan orang...elok Vios tu ke ke sungai je...banggang tahap dewa ni la dia ciri-cirinya..," tulis Muhamed Shakeel.

"Ha elok la tu ..laju-laju nak g mana..jalan kampung macam tu, simpang lagi, tak sabar nak motong..respect drebar lori cepat dia terus tolong ..," tulis Habli Basir.

"Kali ni King 👑 x salah," tulis Ahmad Albab.

BACA>>> Penunggang Maut Tersekat dalam Tayar Myvi
BACA>>>Video Pemandu Myvi Sagat Dinding Terowong, Netizen Bengang Perakam Sibuk Buat Konten

Related

673
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dashcam, Myvi, Pemandu Potong Barisan, vios

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev