• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Tidak Tolak Kemungkinan Hasilkan Civic Type R Versi Hibrid

Honda Tidak Tolak Kemungkinan Hasilkan Civic Type R Versi Hibrid

July 29, 2022 By Shawkath Leave a Comment

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA sudah mengumumkan ketibaan model Civic Type R serba baharu, nampaknya kereta sport itu masih menggunakan nadi konvensional ketika dunia automotif sedang beralih kepada trekuasa elektrifikasi.

Bagaimanapun, pengeluar dari Jepun itu tidak menolak kemungkinan meneruskan idea menghasilkan Civic Type R versi hibrid pada masa depan.

BACA >>> Ciri Honda Civic Type R (2023) Didedahkan, Gaya Matang dengan Esktra Kuasa!

Portal Kompas melaporkan Penasihat Teknikal Honda Motor Europe, Ko Yamamoto berkata;

Saya tidak menolak elektrifikasi. Kami tidak dapat menghasilkan trenkuasa elektrik penuh dengan platform ini. Tetapi, saya membayangkan kereta ini dengan hibrid plug-in (PHEV).”

Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan Civic Type R (2022) ialah model terakhir generasi Civic dikuasakan enjin pembakaran dalaman (ICE). Ini susulan pengumuman Honda bermula 2023, pengeluar itu tidak akan lagi menumpukan kepada trenkuasa konvensional.

BACA >>> Tiada Lagi Kereta Petrol, Diesel Honda Menjelang 2040

Yamamoto menjelaskan;

Elektrifikasi cuma satu lagi perkara teknikal, seperti VTEC atau turbo, atau suspensi multi-link. Ada beberapa atribut yang memang penting untuk Type R, respons paling utama, penyatuan pemandu dan trenkuasa. Bagaimana mencapainya? Itu cerita lain dan saya pasti boleh dicapai dengan sesuatu jenis elektrifikasi.”

Honda juga menyatakan kemungkinan Civic Type R serba baharu akan dilengkapi sistem pacuan empat roda (4WD). Beliau berkata;

Kami boleh menawarkan pacuan empat roda. Platform ini juga digunakan untuk kenderaan (pacuan) empat roda seperti CR-V. Bagaimanapun, saya tidak merasakan pacuan empat roda sesuai untuk konsep Type R.”

BACA >>> Dua Prototaip Honda Civic Type R (2023) Jalani Ujian di Lebuh Raya Jepun
BACA >>> Honda Jepun Tawar 30 Unit NSX Type S, 10 Warna Pilihan, Harga Mula RM1j!
BACA >>> Honda Civic Type R (2019) Hilang Di Genting Highlands, Netizen Dakwa Kalah Judi?
BACA >>> Civic Type R Hilang di Genting Sudah Jumpa!
BACA >>> Siapa Cakap Gadai Kereta Sebab Kalah Judi? Pemilik Civic Type R Jawab Tuduhan Netizen

SUMBER: Kompas

Related

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda Civic Type R, Ko Yamamoto, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
    KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev