• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Jom Kenal Tahap Sistem Pemanduan Autonomi untuk Kenderaan

#TahukahAnda: Jom Kenal Tahap Sistem Pemanduan Autonomi untuk Kenderaan

July 29, 2022 By Han Othman Leave a Comment

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEBELAKANGAN ini, pengeluar automotif mula melengkapkan teknologi masa depan seperti autonomi atau Autopilot pada produk masing-masing. Di Malaysia, misalnya, banyak pengeluar sudah memperkenalkan ciri canggih tersebut walaupun tidak sepenuhnya boleh dipanggil Autopilot.

Ini kerana kemampuan ciri itu masih belum lengkap, dan cuma beberapa sistem yang diambil daripada teknologi berkenaan.

BACA >>> Sistem Autopilot Gagal Berfungsi, Pemandu Tesla Model X Maut Nahas Jalan Raya
BACA >>> Akhirnya Foto Proton X50 Didedahkan, Ada Ciri Parkir Automatik, ADAS 2.0?

Supaya tidak keliru, ada lima tahap autonomi pada kenderaan moden hari ini seperti ditetapkan agensi keselamatan Amerika Syarikat (AS), iaitu Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), atau jika di Malaysia dipanggil Institup Kajian Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Berikut tahap sistem autonomi kenderaan menurut NHTSA:

LEVEL 0

Ini tahap paling asas yang memerlukan pemandu mengawal penuh kenderaan mereka sama ada untuk kawalan stereng, membrek dan memijak pedal minyak. Namun, kenderaan tahap ini sudah dilengkapi ciri amaran keselamatan berupa lampu atau bunyi.

LEVEL 1

Tahap ini, pemandu masih perlu mengawal stereng, tetapi dibantu sistem automatik terhad seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Parkir dengan Automasi Stereng, dan Bantuan Kekal Lorong (LKA). Antara model di Malaysia yang dilengkapi ciri ini ialah Proton X70, Perodua Myvi, Ativa dan Alza baharu.

Di negara jiran Indonesia misalnya, antara model dengan ciri Level 1 ialah Toyota Raize, Voxy dan Corolla Altis baharu menerusi ciri Toyota Safety Sense (TSS). Bagaimanapun TSS tidak boleh dianggap sebagai ciri autopilot. Ini kerana ciri autonomi membolehkan sistem beroperasi sendiri tanpa campur tangan pemandu.

LEVEL 2

Tahap ini membolehkan sesebuah kenderaan benar-benar dapat melakukan beberapa kawalan automotik seperti memecut, membrek, dan mengendali stereng. Namun, pemandu masih perlu memantau dan melakukan beberapa operasi pengendalian seperti model Proton X50 atau Wuling Almaz RS dengan teknologi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)

Namun ADAS pada Almaz RS itu juga tidak boleh dipanggil autopilot kerana ia hanya berperanan sebagai sistem sokongan pemandu (DSS) yang masih tidak dapat menggantikan peranan pemandu.

LEVEL 3

Pada tahap ini, sistem automatik yang dilengkapkan pada sesebuah kereta dapat melakukan beberapa tugas pengendalian, termasuk memantau situasi sekeliling. Namun pemandu masih perlu bersiap sedia mengambil alih stereng jika diminta sistem.

LEVEL 4
2017 - Démonstrateur SYMBIOZ

Sistem tahao ini mampu melakukan semua aktiviti pemanduan dengan pemandu boleh saja mengabaikan perjalanan, dan melakukan perkara lain. Namun, sistem nii hanya aktif dalam situasi tertentu dan terbatas, seperti kondisi cuaca baik.

LEVEL 5

Ini ialah sistem autonomi paling lengkap yang dapat melakukan semua tugas pemandu dalam pelbagai situasi sekeliling dan kondisi cuaca. Kereta dengan ciri ini mampu menetapkan destinasi, tanpa memerlukan campur tangan manusia.

BACA >>> NHTSA Siasat 30 Kes Kemalangan Tesla
BACA >>> Anak Malaysia Jadi Pengajar Latihan Robotik di Tesla

Related

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autopilot, autotainment, Ciri Sistem Autopilot, Institup Kajian Jalan Raya Malaysia (MIROS), Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), Tahap Pemanduan Autonomi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev