• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Baru Dua Minggu Buka, Jambatan RM2.61B Terpaksa Tutup Sebab Aktiviti Haram

Baru Dua Minggu Buka, Jambatan RM2.61B Terpaksa Tutup Sebab Aktiviti Haram

July 29, 2022 By Shawkath Leave a Comment

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JAMBATAN terbaharu di Los Angeleas (LA), 6th Street Viaduct yang baru dibuka kira-kira dua minggu lalu terpaksa ditutup hingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Punca utama penutupan jambatan bernilai AS$588 juta (RM2.61 bilion) itu adalah aktiviti haram pengguna kenderaan di LA.

6th Street Viaduct - 0
6th Street Viaduct - 1

Lumba haram dan pameran automotif jalanan dikatakan mencemari suasanan di jambatan berkenaan sejak dibuka pada 10 Julai lalu, lapor portal berita CBS News.

Antaranya, kira-kira dua minggu lalu, seorang pemandu Dodge Challenger merempuh jambatan tersebut ketika melakukan aksi β€˜donat’ sebelum melarikan diri dengan meninggalkan keretanya di situ.

The man who crashed πŸš— a rental on 6th street bridge has been caught and arrested and charge with the following
1. Hit and run
2. Reckless Driving
3. Exhibition of speed
4. Lying to a police officer in addition to a 30 day vehicle hold. pic.twitter.com/29Q9SRtRj0

β€” Boyle Heights (@boyle_hts) July 20, 2022

Jabatan Polis Los Angeleas (LAPD) sebelum ini pernah menutup akses ke jambatan itu beberapa kali dalam usaha mencegah aktiviti haram, tetapi gagal. Kini, pihak berkuasa mencari alternatif lain seperti mewujudkan jalur derum (speed bump), tetapi polis masih ketandusan idea.

Menurut polis LA, walaupun ratusan tindakaan sita dan notis saman, termasuk tangkapan dibuat, insiden serupa masih berlaku. Selain pemasangan jalur derum, pihak berkuasa juga akan menempatkan pengadang jalan dan pagar untuk menghalang pengguna memanjat pintu gerbang jambatan itu.

Antara insiden pelik dirakamkan di jambatan tersebut adalah:

  • Khidmat gunting rambut di tengah laluan jambatan
  • Aksi lagak ngeri parkour turun jambatan gaya Spiderman
  • Demonstrasi tinju tengah jalan
  • Lamaran kekasih dan sesi fotografi pengantin baharu
  • Panjat, duduk dan gelongsor dari pintu gerbang jambatan
  • Bermain papan selaju (skateboard)
  • Aksi wheelie kumpulan basikal

Setakat ini, polis mengeluarkan hampir 60 notis saman dan menyita enam kenderaan disebabkan pelbagai aktiviti dalam tempoh lima hari.

Jambatan 6th Street Viaduct mula dibina pada 2016 bagi menggantikan jambatan struktur vintaj 1932. Jambatan asal itu menjadi mercu tanda ikonik LA yang pernah digunakan dalam filem Grease dan Terminator 2: Judgment Day.

VIDEO TINJU JALANAN

Man shadow boxes on the #6thstreetBridge in Boyle Heights. pic.twitter.com/Gqgaikzimm

β€” Boyle Heights (@boyle_hts) July 24, 2022

VIDEO GUNTING RAMBUT

Man gets haircut in the middle of the 6th Street Bridge in Boyle Heights pic.twitter.com/20d8jzZAeC

β€” Boyle Heights (@boyle_hts) July 21, 2022

VIDEO PARKOUR

Man caught doing parkour stunt on 6th street bridge in Boyle Heights. pic.twitter.com/JChIXs5PzM

β€” Boyle Heights (@boyle_hts) July 23, 2022


LUMBA HARAM

Your people enjoying a public space in your city ...

Just one of MANY videos pic.twitter.com/TqQW7QCrds

β€” Name Cannot be Blank (@voodoomama_juju) July 27, 2022

SUMBER: Boyle Heights | Jalopnik

Related

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 6th Street Viaduct, Auto Terkini, autoterkini, Grease, Jabatan Polis Los Angeleas (LAPD), Jambatan, Jambatan 6th Street Viaduct, Michel Moore, Polis LA, Terminator 2: Judgment Day

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 Β© PanduLaju.com.my
πŸš€ XCII WebDev