• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Kena Cekup, Ubah Suai Nombor Plat Ala Kereta James Bond

Lelaki Kena Cekup, Ubah Suai Nombor Plat Ala Kereta James Bond

January 16, 2017 By Han Othman 1 Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

kantoi-elak-tol
JIKA anda pernah menonton filem James Bond siri ketiga, Goldfinger, anda tentu akan perasan satu babak apabila kereta dipandu James Bond (lakonan Sean Connery) boleh menutup nombor plat untuk mengelak daripada dikesan.  Sepintas lalu, memang nampak cukup licik dan bijak.

Kini, siapa sangka dalam dunia nyata, seorang lelaki di Orange County, Florida cuba meniru aksi sama. Malangnya, sistem mekanikal plat yang sepatutnya berfungsi seperti dalam filem itu tidaklah selancar dilakukan James Bond.

Menurut WFTS, Peronda Lebuh Raya Florida menahan seorang lelaki selepas cuba mengaktifkan gajet untuk menutup nombor plat keretanya ketika sedang memandu dalam cubaan mengelak kamera tol. Tetapi, aksi itu dilakukan ketika pasukan peronda berada tidak jauh dari keretanya.

Sekarang, hanya kerana mahu mengelak tol, Joshua West perlu membayar harga penjimataan itu di kamar mahkamah.

BOLEH DIBELI DALAM TALIAN

goldfinger-nombor-plat

Peranti berupa tirai atau plat kecil untuk menutup nombor plat ada dijual dalam talian pada harga sekitar AS$150 (RM670). Anda juga boleh lihat bagaimana tirai nombor plat itu dipasang dan berfungsi di SINI

Memang agak cool dapat menjadi seperti Bond. Tetapi faktanya, tiada guna anda memasang gajet seumpama itu jika kereta yang anda pandu itu adalah daripada jenis mudah dicam dan jarang pula dipandu orang, misalnya Aston Martin. 😛

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Mungkin hari itu anda selamat, hari lain siapa yang tahu.

SUMBER: Jalopnik.com

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Goldfinger, James Bond, nombor plat, ubah suai nombor plat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev