• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hargai Jasa, Suzuki Hadiahkan Hayabusa Yoshimura SERT Motul kepada Guintoli

Hargai Jasa, Suzuki Hadiahkan Hayabusa Yoshimura SERT Motul kepada Guintoli

July 31, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM arena perlumbaan Grand Prix (GP) dunia, Suzuki pernah diwakili pelumba hebat seperti Barry Sheene, Kevin Schwantz dan Kenny Roberts Jr yang menjuarai kategori pelumba.

Tahun 2020 adalah musim cemerlang apabila Suzuki menerusi Joan Mir menggondol dua kejuaraan, pasukan dan pelumba yang juga menjadi kejuaraan berganda pertama Suzuki dalam MotoGP.

BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!
BACA >>> Mir Puas Hati Suzuki GSX-RR Kini Lebih Laju

Selain pelumba, turut memainkan peranan di sebalik kejayaan sesebuah pasukan ialah penunggang uji yang dapat memberi input dalam pembangunan jentera lumba dihasilkan.

Di sini, individu yang menggalas tugas untuk Suzuki ialah Sylvain Guintoli dan hasil sumbangan beliau dalam kejayaan Suzuki dan Mir pada 2020 diakui sendiri pasukan pengilang itu.

BACA >>> UK Lancar Skuter Jimat Petrol Suzuki Avenis 125, Address 125 (2023)

Guintoli, 40, ialah pelumba Perancis yang mempunyai latar belakang perlumbaan hebat, dan pernah bersaing dalam kelas GP 250cc pada 2001, termasuk dari 2003 hingga 2006. Beliau juga pernah berlumba dalam MotoGP pada 2002, 2007 hingga 2008, dan 2017 hingga 2019.

Karier panjang itu menyaksikan beliau menunggang pelbagai jentera lumba seperti Aprilia, Yamaha, Ducati dan semestinya Suzuki. Beliau juga aktif dalam pelbagai perlumbaan peringkat dunia.

Antara pencapaian utama beliau dan rakan sepasukan Gregg Black dan Xavier Simeon untuk Suzuki adalah memenangi perlumbaan endurans Le Mans 24-H0urs dan Bol d’Or 2021. Lagi kejayaan penting dicapainya adalah Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2014.

Justeru sempena meraikan kemenangan dan sumbangannya dalam membantu kejayaan Suzuki, sebuah motosikal hebat dibikin khas buatnya. Suzuki menghadiahkan replika Hayabusa Yoshimura SERT Motul!

Walaupun menunggang jentera lumba berbeza, Guintoli kerap menyebut mengenai Hayabusa. Dari situlah Suzuki memutuskan menghadiahkan sebuah Hayabusa dengan grafik ikonik Yoshimura hitam-merah. Seragam MotoGP dan lumba endurans Suzuki memang tidak sama.

Dari segi spesifikasi pula, Hayabusa itu masih lagi dalam kondisi standard kerana prestasi sedia ada pun sudah cukup hebat. Hayabusa generasi ketiga dilancarkan pada 2021 dengan menggabungkan teknologi moden dan ciri klasik jenama itu.

Panel meter masih lagi menggunakan jarum analog, tetapi diapit skrin warna TFT. Hyperbike itu turut  dilengkapi pakej elektronik canggih seperti 3 mod kuasa, 10 mod kawalan traksi sensitif sudut miring, 3 mod kawalan mula pandu, kawalan jelajah dan sebagainya.

Hayabusa dijana enjin 4-lejanga 4-silinder sebaris 1,340cc berkuasa 188hp @ 9,700rpm, dan tork 150Nm @ 7,000rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan. Di pasaran Malaysia, Hayabusa dilancarkan pada Oktober 2021 pada harga cadangan RM111,200.

BACA >>> Suzuki Malaysia Lancar Model Legenda Hayabusa, V-Strom 1050XT
BACA >>> Suzuki Bangunkan Sistem SOS Motosikal, Hantar Isyarat Kecemasan Jika Kemalangan Teruk

Related

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Grand Prix (GP), Joan Mir, Suzuki, Suzuki Hayabusa Yoshimura SERT Motul replica, Sylvain Guintoli

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my