TIDAK dapat dinafikan , Jonathan Rea ialah pelumba paling berjaya dalam sejarah Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK). Pada usia menginjak 35 tahun, pelumba asal Ireland Utara itu memutuskan kekal bersama Kawasaki Racing Team (KRT) untuk dua musim lagi.
Beliau akan menunggang jentera Ninja ZX-10RR sekurang-kurangnya hingga musim 2024, bersama Alex Lowes pada 2023 yang masih memiliki kontrak bersama KRT hingga 2023.
BACA >>> Juara WorldSBK 6 Kali, Rea Lulus Lesen Motor
Rea melakukan debut antarabangsa pada 2008 dalam Supersport Dunia sebelum menyertai WorldSBK secara 'wild card' bersama pasukan Ten Kate Honda pada tahun sama. Setahun kemudian, beliau beralih menjadi pelumba WorldSBK sepenuh semasa.
Beliau juga salah seorang pelumba beraksi cemerlang dengan Honda CBR1000RR Fireblade yang sudah ketinggalan zaman dengan menjadi juara pada kempen 2014.
Tuah menyebelahi Rea apabila memilih menyertai KRT yang menjulangnya sebagai juara pada tahun debut bersama pasukan itu dengan meraih 14 kali juara. Beliau kemudian memenangni enam kejuaraan berturut-turut sebelum mula menemui pencabar pada 2019 seperti Alvaro Bautista dan kemudian Scott Redding.
Bagaimanapun, Toprak Razgatlioglu ialah pelumba yang mendatangkan masalah kepada Kawasaki dengan mengetepikan Rea pada musim 2021.
Perlumbaan musim ini pula menyaksikan saingan sengit antara Bautista yang kembali kepada Ducati, Rea dengan enam kejuaraan dan 37 kali posisi depan (pole), 228 kali podium dan 117 kali juara. Beliau kini berada di tempat kedua dengan 13 kali podium dan 5 kali juara.
Apa diraih Rea membolehkan Kawasaki melepasi pencapaian 500 podium dalam WorldSBK.
BACA >>> Juara WorldSBK 2021, Toprak Sertai Yamaha untuk MotoGP 2023?
BACA >>> Toprak Razgatlioglu Sah Juara WorldSBK 2021
SUMBER: RideApart
Leave a Reply