• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hampir Pengsan Dapat Tahu Kena Saman Parkir RM30j!

Hampir Pengsan Dapat Tahu Kena Saman Parkir RM30j!

July 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG wanita di Greece mungkin penerima saman parkir paling mahal dunia selepas majlis perbandaran tempatan (PBT) di Pulau Rhodes menghantar notis bayaran berjumlah €6,648,444 (RM30 juta) kerana melakukan kesalahan berkaitan parkir.

Menurut laporan, wanita malang itu menerima notis bayaran tersebut pada Jun lalu.

BACA >>> 103 Pemandu Ambil Gambar, Video Lori Terbakar Kena Saman
BACA >>> Polis Beri 48 Saman Parkir di Lorong Kecemasan Lebuhraya 'New Zealand Malaysia"

Apabila membuka sampul berisi notis saman tersebut, wanita berkenaan dikatakan hampir pitam selepas mengetahui nilai sebenar hukuman diterimanya.

Laporan menyatakan wanita itu awalnya beranggapan jumlah saman diterimanya berjumlah €6,648 (RM30,050). Sekadar makluman, gaji minimum di Greece ialah €713 (RM3,220). Sebaik saja menyedari jumlah setinggi itu, dia berpendapat nilai tersebut kurang tepat dan mungkin PBT tersilap.

Keesokan hari, dia berkunjung ke pejabat PBT untuk melangsaikan saman secara tunai kerana mustahil dapat membayar menggunakan kad kredit. Ini kerana syarat bayaran saman yang melebihi €100 (RM450) perlu dibuat menggunakan kad kredit.

Apabila ditunjukkan jumlah saman, kakitangan PBT turut tergamam melihat jumlah sebanyak itu dan segera memberitahu wanita berkenaan mengenai kemungkinan berlaku kesilapan. Malah PBT dilaporkan tidak dapat menjawab persoalan bagaimana kesilapan sebegitu boleh terjadi.

BACA >>> Motor Tunda Motor Guna Kaki Boleh Kena Saman RM75, Penjara Sebulan di Indonesia
BACA >>> Polis Saman Polis Guna Telefon Bimbit Sambil Pandu Preve
BACA >>> Ops Selamat 18 Tamat dengan Angka Korban 166 Orang, Saman Halaju Paling Tinggi

SUMBER: CarScoops | Rodiaki

Related

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Greece, Pulau Rhodes, Roda4, Saman parkir, Saman Parkir Termahal Dunia, Saman Tertinggi Dunia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev