• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Active Ninja ZX-25R yang Diubah Suai Lebih Agresif

#BikinMotor: Active Ninja ZX-25R yang Diubah Suai Lebih Agresif

July 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ACTIVE Company Ltd. (Active) baru-baru ini mempamerkan seunit sportbike Kawasaki Ninja ZX-25R yang diubah suai dengan pelbagai aksesori prestasi.

Dijenamakan sebagai Active Ninja ZX-25R, unit itu siap dibina tahun lalu, tetapi hanya dipamerkan kepada umum sempena Pameran Motor Tokyo (TMS) 2022.

BACA >>> Sah! Modenas Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R Tahun Depan
BACA >>> Dengarkan Kompilasi Deruman Kawasaki Ninja ZX-25R dengan Pelbagai Ekzos Aftermarket

Active ialah firma Jepun yang terlibat dalam pembuatan, pengedaran, dan jualan serta import dan eksport komponen aftermarket motosikal. Berikut perincian Active Ninja ZX-25R:

  • Liveri grafik kustom dwi-tona emas-perak buatan Alphatech dengan warna badan hitam.
  • Ekzos standard ditukar kepada sistem penuh Akrapovic Racing Line yang menjimatkan berat kira-kira 2.4kg dengan tork lebih tinggi.
  • Rim aluminium Gale Speed GP1S dengan lebar 3.5 inci (depan), dan 5.5 inci (belakang) serta dipadankan tayar radial lebar 180mm untuk meningkatkan kestabilan.
  • Brek master Gale Speed untuk meningkatkan keselamatan membrek.
  • Sistem monoshock Hyper Pro jenis boleh laras prabeban hidraulik, siap tangki berasingan untuk talaan mampatan dan travel. Fork depan juga Hyper Pro.
  • Suspensi belakang menepati kriteria spesifikasi Jepun yang memenuhi keperluan penunggang di negara itu, termasuk mengambil kira faktor kondisi jalan raya, cuaca dan purata berat penunggang.
  • Bar hendal clip-on menawarkan sudut pusingan lebih kecil yang lebih dekat kepada penunggang untuk tunggangan gaya sport.

BACA >>> Modenas Lancar Tiga Model 250cc Bawah RM20k Hujung Bulan Ini?

  • Tuil dan gas klac Gale Speed untuk pengendalian lebih baik. Kaliper brek dan cakera brek juga berjenama sama.
  • Peg kaki belakang Gale Speed untuk penunggang menikmati kepuasan tunggangan di trek atau jalan raya biasa, tetapi tidak banyak berubah berbanding unit standard.

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Teknik Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

  • Visor angin gelap (smoke), hampir 70mm lebih tinggi daripada produk standard untuk perlindungan angin lebih baik.
  • Fender Eliminator Active menjadikan pandangan belakang lebih agresif. Sproket Gale Speed 520-50T.
  • Ada tambahan slider dan gad pelindung di beberapa bahagian motosikal.

BACA >>> #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
BACA >>> #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Cara Selamat Tunggang Motor Atas Permukaan Jalan Licin
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Makin Pecut Laju, Makin Kuat Makan Minyak?

SUMBER: WeBike | Autoby

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: ACTIVE Company Ltd, Active Ninja ZX-25R, Akrapovic Racing Line, Alphatech, bikin motor, Gale Speed, Hyper Pro, Kawasaki Ninja ZX-25R, Pameran Motor Tokyo, roda2, sportbike 250cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my