• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Vios (2023) Serba Baharu Debut di Thailand 9 Ogos Ini, Guna Platform DNGA

Toyota Vios (2023) Serba Baharu Debut di Thailand 9 Ogos Ini, Guna Platform DNGA

July 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

400
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Motor Thailand nampaknya akan memperkenalkan Vios  (2023) serba baharu Ogos ini berdasarkan video acah yang disiarkan dalam laman Facebook wakil pengeluar itu.

Diberi nama kod D92A, Vios serba baharu itu dikatakan akan melakukan debut global pada 9 Ogos ini (Selasa depan). Berdasarkan klip video 15 saat didedahkan, ada beberapa bahagian dipaparkan secara jelas.

Ruang depan nampak lebih bersegi berbanding model Vios semasa. Gril bawah juga lebih besar, manakala bahagian atas gril direka tirus dan lebih mendatar. Logo Toyota pula diapungkan di tengah-tengah. Lampu utama LED kini lebih kecil dan dihiasi lampu siang (DRL) LED bentuk L. Lampu signal belok jenis sekuensial.

Ruang kabin didominasi tona merah terang pada papan pemuka dan balutan kerusi dalam paten sulaman berlian. Perehat tangan juga berwarna sama.

Unit infotainmen tengah apung, manakala rekaan stereng tiga jejari menyamai model Toyota Raize dan Daihatsu Rocky.

Tiada maklumat teknikal didedahkan, tetapi portal Thailand, AutoLifeThailand melaporkan kemungkinan dua trenkuasa ditawarkan, iaitu petrol aspirasi natural (NA) 1.2L untuk model asas) dan hibrid dengan enjin 1.5L.

Khabarnya, Vios serba baharu dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA) sama seperti Perodua Ativa, Daihatsu Rocky, Toyota Raize, Toyota Avanza, Toyota Veloz dan Daihatsu Xenia.

BACA >>> Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
BACA >>> Perodua Alza (2022) Serba Baharu Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM62.5k!
BACA >>> Perbandingan: Kereta Apa Lagi Boleh Beli dengan Harga Perodua Ativa AV, RM72k?

SUMBER: Paultan

Related

400
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, sedan segmen-B, Toyota Motor Thailand, Toyota Thailand, Toyota Vios 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my