• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Porsche 911 reimagined by Singer yang Direstorasi dengan Turbo Study

#BikinKereta: Porsche 911 reimagined by Singer yang Direstorasi dengan Turbo Study

August 17, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUNIA baik pulih atau restorasi model klasik memang mengasyikkan. Ada yang meminati restorasi kepada kondisi asal dan ada juga mahu menaik taraf atau mengubah suai besar-besaran supaya selari dengan trend semasa.

Bengkel restorasi Singer Vehicle Design dari California, Amerika Syarikat (AS) yang diasaskan Rob Dickinson pada 2009, adalah contoh terbaik untuk melihat bagaimana model klasik dibaik pulih dengan baik, melibatkan Porsche 911 reimagined by Singer - Turbo Study.

BACA >>> 'Pencen' MotoGP, Lorenzo Masuk Pula Kejuaraan Porsche Supercup 2022 di Itali
BACA >>> Bukan Sebarang Kereta Kanak-Kanak, Porsche 911 Carrera Junior 80-an Ini Dijual RM68.5k!

Sambutan diterima nyata menggalakkan apabila lebih 70 pemilik sudah membuat tempahan. Contoh ditunjukkan itu adalah dalam warna Wolf Blue seperti diminta pemiliknya yang mahukan sebuah kereta prestasi tinggi dengan ciri grand touring (GT) mewah berserta komponen seperti berikut:

  • Komponen badan daripada gentian karbon ringan dalam warna Wolf Blue.
  • Enjin Mezger 3.8L pengecas turbo kembar (twin-turbo).
  • Kuasa lebih 450hp yang boleh dibikin mengikut spesifikasi pelanggan.
  • Transmisi manual 6-kelajuan.
  • Pacuan roda belakang (RWD) dengan suspensi khas grand touring.
  • Sistem brek karbon seramik.
  • Bahagian kabin dengan warna Malibu Sand dan kemasan kayu Black Forest.
  • Kerusi elektrik boleh laras dengan ciri pemanasan.
  • Penyaman udara.

Projek Turbo Study itu menggunakan enjin yang dipasangkan unit pengecas turbo kembar, wastegate elektrik dan menukarkan intercooler udara kepada air. Memang berbeza daripada model asal!

Sirip ikan yu pada fender belakang pula berfungsi sebagai salur masukan untuk menyuap udara sejuk ke ruang enjin bagi mengoptimumkan pembakaran dan prestasi penyejukan. Selain itu, pemilik juga boleh memilih untuk menetapkan konfigurasi pemanduan sama ada pacuan semua roda (AWD) atau RWD sahaja.

Mengenai harga, projek sebegini tiada nilai spesifik kerana bergantung kepada spesifikasi dimahukan. Singer sebenarnya sangat menghormati Porsche kerana umum tahu pengeluar tersebut bukan nama kecil dan mempunyai kelompok peminat setia yang ramai.

Singer juga tidak mahu kereta direstorasi itu dinamakan sebagai Singer, Singer 911, Singer Porsche 911 atau Porsche Singer 911. Cukuplah mengekalkan nama Porsche yang sudah direstorasi dan dibayangkan semula (reimagined by) daripada Singer.

BACA >>> Porsche 911 GT3 (2022) Buka Tempahan di Malaysia, Harga RM1.8 Juta Sahaja
BACA >>> SDAP Tawar Tiga Varian EV Porsche Taycan Cross Turismo, Harga Mula RM645k!

Related

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bikin Kereta, Porsche, Porsche 911, Porsche 911 reimagined by Singer - Turbo Study, Singer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my