• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ramai Penunggang Motosikal Besar Tidak Ambil B Penuh, Guna Lesen L Sahaja

Ramai Penunggang Motosikal Besar Tidak Ambil B Penuh, Guna Lesen L Sahaja

July 25, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA segelintir penunggang motosikal kuasa tinggi didapati menggunakan lesen percubaan, iaitu Lesen L untuk jangka masa lama, termasuk menyertai acara konvoi.

Perkara itu didedahkan Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli kepada Bernama.

BACA >>> JPJ Tanya Apa Susah Sangat Ambil Lesen Memandu?
BACA >>> JPJ Bongkar Sindiket Jual 'Lesen Terbang' Atas Talian, Bayar Serendah RM600

Beliau berkata, pemeriksaan JPJ mendapati golongan tersebut tidak pernah memperbaharui lesen penuh, iaitu Kelas B Penuh (B Full).

Terdapat juga mereka (penunggang motosikal kuasa tinggi) yang tidak mempunyai kedua-dua lesen (Lesen L dan Kelas B) dan sepatutnya tidak boleh menunggang motosikal kapasiti melebihi 250cc.”

Aedy Fadly berkata demikian sempena Op Lejang Fasa 1 di Plaza Tol Bentong malam tadi yang dibuat sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT), iaitu kawasan Gombak menghala Bentong.

Beliau turut menasihatkan penunggang motosikal kuasa tinggi yang masih menggunakan Lesen L supaya segera mendapatkan Lesen Kelas B untuk mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam operasi itu, 3,050 unit motosikal diperiksa dengan 822 unit diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. Kesalahan paling tinggi dilakukan adalah tidak memiliki lesen memandu dan tiada cukai jalan sah.

Sejak 2018 hingga Jun 2022, JPJ sudah memeriksa 3.7 juta motosikal dan 1.3 juta motosikal dikenakan tindakan. Berikut pecahan kesalahan dikesan:

  • Tiada lesen memandu: 471,665 kesalahan
  • Tiada lesen kenderaan motor: 313,174 kesalahan
  • Tiada perlindungan insurans: 299,772 kesalahan

SUMBER: Bernama

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aedy Fadly Ramli, autoterkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ Bentong, Lesen Motosikal, roda2, Statistik Kesalahan Penunggang Motosikal JPJ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • Toyota Aygo X HEV 2026 - Crossover Segmen-A Teknologi Hibrid Penuh
    Toyota Aygo X HEV 2026 - Crossover Segmen-A Teknologi Hibrid Penuh

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev